Leokid.my
Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada Alquran Dan Sunnah
Sejak akhir-akhir ini, saya sering menjumpai orang memperkatakan di sana sini mengenai Dajjal. Titik tolaknya adalah dari tersebarnya pelbagai jenis artikel-artikel teori konspirasi di sana sini, yang mengaitkan kewujudan pertubuhan-pertubuhan tertentu dengan dajjal, salah satu tanda kiamat.
Saya secara peribadi pada mulanya agak sangsi. Pertama, kerana perkara berkaitan teori-teori konspirasi ini adalah sesuatu yang masih kabur, belum dibuktikan. Nama pun teori, jika dibuktikan maka bukan lagi bergelar teori sebaliknya sudah menjadi hukum dan kebenaran.
Keduanya, adalah berkaitan dengan dajjal. Dajjal disisi Islam adalah dikaitkan sebagai tanda-tanda definite/besar pengakhiran alam, iaitu hari kiamat. Kita semua sedia maklum, bahawa Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Maka saya yang sering berfikir ini, bertemu dengan dua titik yang cukup berbeza – titik kekaburan dan ketidakpastian mengenai teori-teori konspirasi tersebut, dengan titik kebenaran dan hakikat mengenai dajjal disisi Islam yang tetap hukumnya! Bagaimana mungkin dua perkara yang berbeza ini, disatukan menjadi satu.
Lalu membawa saya kepada menyiasat asal-usul mengenai perkaitan dajjal dengan teori-teori ini. Hinggalah akhirnya, menemukan saya dengan beberapa artikel, yang menyatakan bahawa mereka mengambil tanda-tanda dajjal ini (atau digelar “kod-kod dajjal”) daripada alquran dan hadis serta daripada kitab-kitab lain termasuklah kitab yahudi (talmud, torah), kristian (bible, testaments), kitab-kitab india (Vedi) dan sebagainya.
Dajjal itu perkara ghaib
Di sisi Islam, terdapat beberapa aspek yang dinamakan perkara ghaib. Ramai yang tersalah anggap mengatakan perkara ghaib itu adalah perkara-perkara yang melibatkan alam ghaib, paranormal, hantu dan jin semata. Tidak, sebenarnya. Bagi orang Islam, perkara ghaib itu adalah perkara-perkara yang tidak dapat dinampak oleh pancaindera serta tidak dapat ditentukan kebenarannya, namun wajib diimani, dipercayai dan diakui.
Sesetengah orang, terutamanya saintis dan rasionalis berpendapat disebabkan Islam mempunyai aspek perkara ghaib inilah mereka gagal memahami Islam. Ini kerana bagi para saintis dan rasionalis, mereka gagal/sukar untuk akur kepada perkara-perkara yang bukan saintifik iaitu tidak dapat diukur dari segi kualitatif mahupun kuantitatif.
Sedangkan sesetengah yang lain pula, berpendapat perkara ghaib inilah yang menjadi asas kepada keimanan (faith) dalam Islam. Sepertimana kata pujangga – “To believe after seeing is normal. To believe without seeing is faith”. Ini yang menjadikan para penganut Islam istimewa – kita percaya kepada alam ghaib tanpa melihat dan menyentuhnya, dan dengan kepercayaan inilah kita memusatkan hidup kita terhadap yang ghaib iaitu Allah.
Jadi, apa itu perkara ghaib disisi Islam? Adakah Dajjal juga, perkara ghaib disisi Islam? Dalil kepada kewujudan perkara ghaib ini ada diceritakan di dalam alQuran, surah Al-Baqarah ayat 3
Maksudnya: (Orang-orang yang bertaqwa adalah) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib… (Surah Al-Baqarah: 3)
Imam As-Syirbini berkata dalam menjelaskan ayat tersebut dalam tafsir As-Siraj Al-Munir sebagai,
Maksudnya: (Orang yang beriman dengan yang ghaib) iaitu: mereka yang membenarkan apa yang ghaib (tidak kelihatan dengan pancaindera) daripada mereka daripada perkara-perkara berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, syurga, neraka, as-sirath (jambatan) dan timbangan amal.
Secara ringkas, terdapat tujuh (tetapi tidak semestinya hanya tujuh) perkara ghaib yang ditafsirkan oleh Imam As-Syirbini:
Tidak kelihatan dengan pancaindera – contohnya Allah, malaikat, iblis, jin, hantu dsb
Perkara-perkara berkaitan hari kebangkitan – Alam barzakh, persoalan amal dalam kubur
Perkara-perkara berkaitan hari pembalasan – Mengenai hari kiamat, tanda-tandanya serta bagaimana kejadiannya
Perkara-perkara berkaitan syurga – suasananya, ciri-cirinya, ahli-ahlinya dsb
Perkara-perkara berkaitan neraka – suasananya, ciri-cirinya, ahli-ahlinya dsb
Perkara-perkara berkaitan titian sirat
Perkara-perkara berkaitan timbangan amal
Jadi apa pula itu dajjal? Dajjal itu sebagaimana disebut oleh Rasulullah s.a.w adalah salah satu daripada tanda-tanda besar hari kiamat. Justeru, ya, Dajjal juga sebahagian daripada perkara ghaib!
Mungkin ada yang tertanya-tanya, oleh kerana perkara ghaib ini tidak saintifik, maka apa caranya untuk kita mengetahui mengenainya? Jawapannya adalah dengan berpandukan alQuran dan Hadis.
Perkara Ghaib itu adalah sepertimana yang diceritakan di dalam alQuran dan Hadis. Allah mewahyukan kepada kita mengenai hari akhirat, mengenai jin, mengenai syaitan dsb di dalam alQuran dan Hadis.
Saya ingin membawa kita semua cuba berfikir sejenak, mengenai rukun Iman kita. Tahukah anda, hampir semua rukun-rukun Iman kita adalah terdiri daripada perkara ghaib! Ironinya, semua rukun Iman tersebut kita mesti percaya kepadanya!
Rukun iman pertama, percaya kepada Allah. Bukankah Allah itu perkara ghaib? Kedua, percaya kepada malaikat – malaikat juga perkara ghaib! Keempat, percaya kepada Rasul – tetapi di zaman kita ini, sudah tidak ada Rasul yang hidup di dunia! Kelima, percaya kepada hari akhirat, sedangkan hari akhirat juga adalah perkara ghaib!
Keenam – percaya kepada qada’ dan qadar, iaitu sesuatu yang semestinya abstrak dan tidak boleh di-saintifikkan, maka saya secara peribadi mengatakan ia juga sebahagian dari perkara ghaib.
Antara kesemua rukun iman tersebut, satu yang saya tidak sebut – Percaya kepada Kitab, iaitu di zaman sekarang ini, hanya AlQuran yang benar-benar asli. Sebab itu dikatakan, AlQuran itu kunci keimanan!
Kebatilan merujuk mengenai Dajjal daripada sumber bukan Islam
Kembali kepada topik – Justeru itu, kita umat Islam, ada panduan tersendiri mengenai dajjal yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya, melalui alQuran dan Hadis. Kedua-dua alQuran dan Hadis adalah rujukan kita mengenai perihal dajjal, tanda-tandanya, kedatangannya, kesannya termasuklah siapa dia.
Tetapi para golongan conspiracy theorist kini telah mencampuradukkan perihal dajjal dengan mengambil keterangan-keterangan dari kitab-kitab bukan Islam seperti kitab yahudi dan kristian (testaments), kitab India (veda) dan pelbagai lagi yang entah dari mana sumbernya.
Bagi saya, saya melihat ini sebagai usaha “menyamaratakan” antara kesemua sumber-sumber ini atas alasan ianya “sejarah”, sedangkan perihal dajjal itu bagi umat Islam adalah perkara ghaib. Inilah apa yang dikatakan sebagai konsep “pluralisma” dalam agama, iaitu satu bentuk penyamarataan agama!
Contohnya, perihal hari kiamat. Perihal hari kiamat bagi umat Islam adalah satu perkara ghaib, yang mana kita hanya merujuk kepada alquran dan sunnah untuk mengerti mengenainya. Kenapa tidak menggunakan kitab-kitab dari agama-agama lain juga untuk menerangkan mengenai hari kiamat? Gunalah kitab mayan untuk menyatakan hari kiamat itu pada 2012. Gunalah kitab india yang mengatakan tiada hari kiamat melainkan kesemua manusia mencapai taraf moksya lalu bersatu menjadi nirvana?
Tidak boleh, kan? Kerana kiamat itu perkara ghaib. Begitu juga dajjal. Dajjal itu perkara ghaib. Ia telahpun diceritakan oleh Rasulullah dan Allah melalui hadis dan alQuran, maka cukuplah itu sahaja sumber kita mengenainya.
Ini permasalahan akidah yang cukup berat, sebenarnya. Kerana jika kita mengambil dan percaya keterangan dajjal dari kitab yahudi & kristian, kitab india dsb itu, ini bermakna kita juga beriman dengan kitab-kitab agama tersebut. Kita menyamaratakan taraf alquran dengan taraf kitab-kitab tersebut, itulah pluralisma dalam agama. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari keadaan sedemikian.
Saya menyanjung usaha pihak para conspiracy theorist dalam menyuntik kesedaran, namun hendaklah kesedaran yang disuntik tersebut adalah kesedaran untuk kembali merujuk kepada AlQuran dan Sunnah yang sebenar.
Dajjal Mengikut AlQuran dan Hadis
Pun begitu, saya bersyukur kepada Allah kerana usaha pihak para conspiracy theorist ini yang mula menyedarkan ummah mengenai fitnah dajjal. Namun dalam menghadapinya, kita hendaklah merujuk kepada AlQuran dan Sunnah sahaja. Usahlah mengaitkan dajjal dengan binaan yang pelik-pelik, corak yang pelik-pelik, organisasi-organisasi tertentu dsb.
Saya tidak bercadang membawakan di sini “kod-kod dajjal” kompilasi saya pula, kerana tentunya akan memanjangkan penulisan saya yang sedia panjang ini. Nasihat saya, rujuklah para ulama’ yang menjadikan alquran dan hadis sebagai sumber mereka mengenai perihal dajjal tersebut.
Namun, saya berbesar hati membawakan panduan menghindari dari fitnah Dajjal menurut alQuran dan Hadis. Caranya nampak mudah, tapi sukar untuk kita laksanakan, iaitu – Kembali kepada alQuran dan Hadis. Saya memetik ulasan dari Ustaz Hasrizal dalam sebuah artikelnya, yang ada mengulas mengenai menghindari fitnah dajjal:
Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.
Materialisma bukan gila kebendaan semata.
Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.
Berikut pesan Baginda:
Kepentingan Surah Al-Kahf
Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda – Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal (HR Muslim 809)
Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda – Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Surah al-Kahfi!
Kita digesa Sunnah melaziminya.
Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.
Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:
Pandangan Sayyid Qutb:
1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)
2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)
3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar)
Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.
Surah Al-Kahfi!
Saya tertarik dengan tafsiran surah Al-Kahfi menurut pandangan Sayyid Qutb tersebut. Dan berdasarkan pemikiran dan pemerhatian saya, itulah yang benar-benar diperlukan oleh umat Islam sekarang ini, bukan sekadar untuk menghadapi fitnah dajjal malah untuk mengembalikan kegemilangan Islam!
Pertamanya, tashih al-Aqidah. Memperbetulkan aqidah dan kepercayaan kita. Hendaklah aqidah kita, berlandaskan alquran dan sunnah yang sahih. Akidah ini memainkan peranan yang penting dalam beribadah! Terpesong akidah, runtuhlah ibadah, rosaklah akhlak.
Murnikanlah aqidah, iaitu dengan memusatkan segala niat ibadah kita hanya kepada Allah. Bukan kerana takutkan sesuatu makhluk @ sesuatu organisasi. Bukan kerana mahukan pengiktirafan dsb. Murnikanlah aqidah, iaitu dengan mengembalikan kembali tatacara ibadah kepada alquran dan sunnah. Hindarkan lah dari khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas.
Keduanya, Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir  dan Memerhati/Mencerap). Allah menganugerahkan kepada kita pancaindera, untuk kita saling memerhati dan berfikir akan keagungannya! Bukannya memerhati dan berfikir, di mana agaknya tanda-tanda kod-kod dajjal itu. Asyik mencari dajjal, sehingga lupa kepada Allah.
Juga, perbetulkan metodologi berfikir kita. Tidak Allah jadikan semua benda di atas bumi ini, sia-sia. Fikirkanlah hikmah di sebalik kejadian tersebut. Fikirkan, bagaimana boleh kita memanfaatkan sesuatu itu untuk membangunkan Islam! Dan jangan lupa, hindarilah dari mengikat alquran dengan sains.
Dan ketiganya, Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai  berlandaskan Neraca Aqidah yang benar). Setelah kita berjaya memurnikan akidah kita, maka segala nilai-nilai lain seperti akhlak dan ibadah inshaAllah akan turut berlandaskan akidah tersebut. Dari situlah kita boleh kembali kepada tauhid tasawwuf yang asli, iaitu yang bersandarkan AlQuran dan Sunnah. Dari situlah, kita aplikasikan kegunaannya dalam kehidupan seharian – dalam berurusniaga, dalam berpolitik, dalam pendidikan, dalam ekonomi dan sebagainya.
Kesimpulan
Justeru itu, saya menyeru secara khusus kepada para conspiracy theorist, rujuklah kembali kepada AlQuran dan Sunnah dalam memperincikan dajjal. Kalaupun anda mahu berkonspirasi mengenai organisasi-organisasi rahsia seperti Freemason, Illuminati dsb, jangan libatkan mengenai dajjal iaitu perkara ghaib disisi Islam. Kita mahukan ummah kembali ke akidah yang murni, sebagaimana ummah di zaman Rasulullah. Ummah di zaman rasulullah, tidak perlukan bukti freemason illuminati dajjal dsb untuk beriman kepada Allah. Ummah di zaman Rasulullah, tidak perlu ditakut-takutkan dengan ancaman2, kerana Iman mereka itu cukup tebal berpandukan alQuran dan Sunnah.
Jika benar kalian hendak memperingati ummah akan bahaya fitnah Dajjal, maka lakukanlah apa yang disarankan oleh Rasulullah dalam hadis di atas tersebut. Anjurkanlah majlis bacaan surah al-kahfi di setiap malam jumaat. Galakkanlah ummah membaca dan menghafaz 10 ayat pertama dari surah alKahfi. Itulah sebaik-baik perlindungan daripada fitnah Dajjal, kerana ia datang sendiri daripada Allah dan RasulNya.
Dan kepada para pembaca pula, saya menyeru agar kita sentiasa berhati-hati. Kita sering berwaspada terhadap musuh-musuh Agama, namun kita lupa berwaspada terhadap diri kita sendiri. Dalam tak sedar, tangan kitalah yang melakukan fitnah dan kerosakan terhadap agama kita. Astaghfirullah. Marilah sama-sama kembali kepada alQuran dan Hadis, sebagai sumber keimanan kita. Dari situ kita bangkitkan ummah yang menyanjung alQuran dan Hadis, sebagai ummah kegemilangan inshaAllah!
Notes – Breastfeeding
Err…ini bukan post lucah ye. Hehe. Sekarang saya tengah cycle Pediatrics, cycle yang memang saya tak minat. Sungguh saya taknak jadi pediatrician. Harharhar. Bytheway, tajuk lecture yang disampaikan oleh Professor tadi agak menarik. Pasal breastfeeding. Banyak rupanya manfaat breastfeeding ni. Meh saya share kat sini lecture notes saya, mana tahu kot2 ada manfaat di masa hadapan nanti. (ecece..)
Breast Feeding
An integral part of reproductive process.
Natural and ideal way of feeding
Unique biological & emotional basis of child development.
Tiga point di atas ni, dipetik dari sebuah statement yang dikeluarkan oleh WHO and UNESCO tahun brape entah, yang antara tujuannya menggalakkan breast feeding dalam kalangan masyarakat. “An integral part of reproductive process“, maksudnya penyusuan badan merupakan satu bahagian dalam proses reproduktif. Ramai orang sekarang ni ingat, dah beranak maka selesai proses reproduction. Tidak sebenarnya. Sebaliknya itu hanya satu permulaan sahaja. Hoho.
Breastfeeding juga adalah natural dan ideal way of feeding. Natural, sebab kalau tak natural buat apa Allah jadikan susu boleh keluar dari buah dada seorang ibu? Hehe. Pendek kata, sejak ribuan tahun lagi, breastfeeding adalah method untuk memberi makanan kepada anak yang baru lahir. Orang kita zaman skrg ni, terbalik, lahir2 dah rasa susu lembu. Haha. Patut la ramai perangai macam lembu kot. =p
Manakala “Unique biological and emotional basis“, sebab memang susu ibu itu satu kejadian Allah yang cukup unik. Di dalamnya ada satu mekanisma yang cukup kuat untuk menjadi asas kepada bukan sekadar perkembangan tubuh bayi tersebut, malah kepada perkembangan emosi dan minda nya! Nanti saya kupas satu-satu. Hehe.
Pastu..part definition n term..malas ah saya nk tulis. Hoho. Bukan penting pun.
Mencegah Penyakit
Straight ke kelebihan susu ibu. Salah satu kelebihannya adalah, “to prevent infection“. Analogi yang diberi mudah je, kita ambil satu contoh penyakit berjangkit, katekanlah H1N1 yang dah suam-suam kuku sekarang ni.
So katakanlah si ibu ini dijangkiti H1N1 (tetapi tak severe lah). So ibu tersebut demam 3 hari, dan dalam masa yang sama sel pertahanan tubuh ibu (leukocyte) berperang dengan virus2 H1N1 ni. Setelah itu, sel-sel ini akan keluarkan Antibodi, kira macam a set of weapon la. Walaupun ibu tersebut telah sembuh, antibodi ini akan terus berada di dalam badannya, untuk menghalang serangan virus H1N1 tersebut dari menyerang lagi di masa hadapan. Proses ini dinamakan immunization, dan setelah ibu tersebut sembuh maka dikatakan ibu tersebut telah imun kepada virus H1N1.
Apa kaitannya dengan susu badan pulak? Hoho. Sel pertahanan badan (leukocyte) tu bukan ada kat satu tempat je, malah dia turut berada di bahagian buah dada ibu tersebut. So dia juga akan keluarkan Antibodi, dan Antibodi ini boleh meresap masuk ke dalam susu badan! Seterusnya apabila bayi minum susu tersebut pula, bayi tu pun akan menjadi imun kepada H1N1! Woha~ menarik kan?
Selain Antibodi, ada banyak lagi komponen-komponen penting dalam susu ibu. Dalam susu ibu terdapat enzyme2, terdapat lactoferrin (iron-binding protein with bacteriostatic properties), ada lysozyme, ada immunoglobulin dan macam2 lagi. Komponen2 ini terdapat dengan banyaknya pada susu ibu dalam tempoh beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi. Pada tempoh ini, susu ibu tersebut dipanggil Colostrum. Sebab itu adalah amat disyorkan agar ibu memberi bayi susu badannya dalam tempoh 30 minit – 1 jam sebaik sahaja selepas kelahiran!
Antara penyakit2 yang dapat dicegah daripada bayi melalui susu badan ini adalah – penyakit2 perut dan usus (gastroenteritis), mencegah ciri birit (persistent diarrhea), radang telinga (Otitis media), Sudden Death Syndrome, allergic dan lain2. Malah menurut kajian, anak2 yang menerima susu ibu sehingga dah besar, mempunyai lebih rendah masalah obesity dan penyakit jantung ketika dewasanya!
Hingga besar? Wuish sampai umur brape tu menyusu badan? Takkan sampai darjah satu kot.  Hoho. Menurut WHO, dicadangkan si ibu memberi susu badan sekurang-kurangnya sehingga bayi tersebut berusia 2 tahun, atau lebih digalakkan lagi selepas itu sehinggalah anak tersebut sendiri enggan menyusu. Hehe. Malah, bagi kanak-kanak berusia kurang 6 bulan, digalakkan memberi susu badan sahaja (exclusive breastfeeding), maksudnya jangan bagi makanan/minuman lain lagi (air kosong, bubur, nasik, KFC dsb).
Ini disebabkan susu badan tersebut sudah cukup lengkap dari segi nutrient dan keperluannya. Bayi berusia kurang 6 bulan, tak perlukan lagi nutrient2 berat. Jika beri juga makanan lain, dikhuatiri makanan lain tersebut akan mengambil alih peranan susu bayi. Akibatnya, bayi tersebut akan mendapat kurang nutrient, kurang antibodi, kurang immunoglobulin dan mcm2 lagi faedah unique susu ibu yang tidak terdapat dalam makanan2 lain.
Bagaimana nak maintain susu badan agar dapat menyusukan bayi? Hoho untuk menjawab persoalan ini, kita kena memahami fisiologi (bagaimana tubuh badan kita bekerja) terlebih dahulu dalam proses penyusuan ini.
Susu badan, dikawal oleh 2 jenis hormon iaitu Prolactin dan Oxytocin. Kita usha satu2 k.
Prolactin
Prolactin ini, bertanggungjawab dalam penghasilan susu oleh kelenjar buah dada. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak. Ia mula-mula sekali dirembes setelah kelahiran bayi. So untuk maintain penghasilan susu oleh kelenjar buah dada, kelenjar pituitari tu kena sentiasa di-stimulate agar sentiasa merembes Prolactin.
Bagaimana nak stimulate? Ia distimulate oleh puting buah dada, secara refleks! Maksudnya, tiap kali bayi menghisap puting buah dada, ia akan menghantar impuls ke kelenjar pituitari untuk merembes lebih banyak Prolactin. Setiap kali selepas menyusu, maka Prolactin akan dirembes dan kelenjar buah dada akan menghasilkan susu untuk penyusuan seterusnya pula.
So kalau nak maintain penghasilan susu, kenalah menyusukan anak dengan kerap. Kerana itu jugalah diMESTIkan menyusu anak pada 30-60 minit pertama kelahirannya, untuk mengaktifkan mekanisma refleks ini. Jika tidak, maka mekanisma refleks ini akan mula dengan lemah, so akan jadi masalah2 seperti kekurangan pengeluaran susu dsb.
Satu kelebihan prolactin yang jarang diketahui – Prolactin menekan/menghalang proses ovulasi! Hoho. Ini satu mekanisma yang bagus dalam usaha merancang keluarga secara natural/semulajadi. Maksudnya, sepanjang proses penyusuan, ibu tersebut akan menjadi sukar untuk mengandung. See, ini satu contraceptive (pencegahan kehamilan) yang original. Tidak perlu lagi bergantung kepada kondom, pil pencegah kehamilan, al-azl dsb. (teringat gaduh ngan sorang user kat iluvislam pasal penggunaan artificial contraceptive ni. Hoho)
Dari segi logiknya juga, badan kita bertindak sedemikian kerana nak maintain breastfeeding kepada anak tersebut untuk satu tempoh yang maksimum. At least 2 tahun, macam yang saya kata kat awal2 tadi. So bayangkanlah kalau anak sulung lahir dah menyusu, setahun lepas tu dah dapat anak kedua, maka si ibu kena menyusu dua orang anak serentak pula. So semuanya dah kena dibahagikan dua, nutrient, immunoglobulin, antibodi etc etc. Tentulah kesannya dah berkurangan, serta tentulah boleh mendatangkan mudarat terutamanya kepada anak kedua yang baru lahir tersebut, sebab bayi yang baru lahir bergantung (dependant) kepada susu ibu nih!
Oxytocin
Enzyme kedua adalah Oxytocin. Oxytocin ni macam Prolactin, dihasilkan di pituitari. Pun begitu, kalau Prolactin tadi kita tengok dia berfungsi menghasilkan susu (production), Oxytocin ini berfungsi mengeluarkan susu dari kelenjar susu buah dada (ejection). So kedua2 hormon ni penting.
Mekanisma nya juga sama seperti Prolactin tadi. Apabila bayi menghisap puting, ia meng-stimulate penghasilan Oxytocin, so meningkatkan rembesan susu dari kelenjar susu kepada bayi.
Satu lagi kegunaan Oxytocin (budak2 lepas SPM..sila jawab! hoho). Ya, oxytocin juga berfungsi meningkatkan uterus contraction (pengecutan rahim ibu). Walaupun untuk ibu selepas melahirkan anak, ia akan menyebabkan sedikit kesakitan ala-ala sesungut senggugut (ye ke, x tau la saya, saya x pernah senggugut :p ), tetapi uterus contraction ini penting untuk mengembalikan struktur dan fungsi asal uterus selepas kelahiran. Hehe. See, penting juga sebenarnya penyusuan badan ni, kelebihan bukan setakat untuk bayi tersebut malah untuk sang ibu sendiri!
Konklusi
So kepada ibu-ibu yang membaca post saya ini (sungguh brape percent je =p), berusahalah untuk breastfeed anak2 anda ye. Kembali ke fitrah, orang kata. Mungkin nampak leceh dan remeh, namun percayalah itu yang terbaik untuk anak2 anda. Pasti kita mahukan yg terbaek untuk anak2 kita kan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke pusat kesihatan/klinik/hospital terdekat. Setiap hospital diwajibkan ada polisi untuk membantu/menggalakkan penyusuan badan dalam kalangan ibu2. Boleh tanya2 diorg teknik penyusuan yg betul, langkah2 kesihatan, etc etc. Kitorang dalam kelas tadi pun dah tengok n belajar dah.
Gambar2
Sebagai penamat, meh nak kongsi sket gambar waktu rehat time lecture tadi. Bilik lecture tu sebelah gallery operation theater. (Bilik untuk menonton pembedahan). Gallery kat sini ni bukan macam gallery kat dalam citer Grey’s Anatomy tuh. Hehe. Habis camne? Nah tengok sdiri:
Gallery di tingkat atas. OT di tingkat bawah.
Usha sket apa ada kat bawah..
Pemandangan sebuah OT yang kosong..
Operation baru nak start, tengah intubate patient
Candid - student2 tgh usha operation. Hoho.
Audio:
Also, sape2 nak dengar full-recording lecture tersebut, boleh download dengan click kat bawah ni:
Breastfeeding 1.mp3
Breastfeeding 2.mp3
Monolog I
Lama benar saya tidak meng-update blog ini. Tahun ini benar-benar menghimpit, sama ada secara fizikal dan masa, mahupun secara batiniyyah dan emosi. Huhu.
Banyak gak benda jadi sepanjang tahun ini. Tapi tak apalah, tunggulah hujung tahun ini saya akan buat recap dan muhasabah, sebagaimana yang biasa saya buat tahun-tahun sebelumnya.
Pun begitu, sepanjang peninggalan saya terhadap blogging ini, tidaklah saya berdiam sahaja. Saya banyak memerhati. Memerhati situasi. Situasi dunia secara materiali nya. Situasi ummah. Situasi negara. Banyak saya sertai perbincangan-perbincangan, membaca blog-blog, berita-berita, artikel2 dan sebagainya. Dan semua itu menjadi input yang terus-terusan mengalir dalam minda saya, membuatkan otak saya berfikir dan berbicara bersendirian.
Berfikir Itu Best
Ya, saya memang suka berfikir. Dari dahulu lagi, saya suka berfikir. Apabila melihat sesuatu, saya berfikir. Apabila membaca mengenai sesuatu, saya berfikir. Apabila terdengar akan suatu berita, saya berfikir lagi. Mostly, saya berfikir tentang logic and reasoning. Terutama atas perkara2 yang boleh difikirkan secara logiklah. Adapun bagi perkara-perkara ghaib, saya lebih mementingkan akan authenticity serta validity dalilnya. Maklumlah, benda2 agama ni bukan boleh memandai2 ikut logik. Bak kata Saidina Ali ketika membicarakan mengenai khuf,
Ali R.A. yang telah berkata: “Jikalaulah urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya.”. (H.R. Abu Daud, hadis no. 162).
Saya pun suka memikirkan mengenai sikap manusia juga. Memerhatikan, mungkin lebih tepat agaknya. Saya teruja melihat sikap manusia apabila berada di dalam keadaan tertekan. Bagaimana dia akan react? Flight or fight? Paling mengujakan saya, adalah adakah saya boleh determine dia itu akan flight atau fight? Sebagaimana liciknya peserta Survivor yang terbaru ini, iaitu Russel, memanipulasi peserta-peserta lain.
Personaliti manusia. Ada manusia, mempercayai membuta tuli. Ada manusia, suka taksub kepada individu tertentu. Ada manusia taksub kepada ideologi tertentu. Ada manusia yang follow the crowd. Ada manusia yang oppose the crowd. Ada manusia yang cakap tak serupa bikin. Ada manusia yang di public akhlaknya lain, di private akhlaknya lain.
Seribu satu macam sikap dan sifat manusia, sentiasa membuatkan minda saya berjalan. Tidaklah saya berada di tempat yang selayaknya untuk judge sesiapa pun, mahupun saya mengetahui segalanya yang tersurat dan tersirat untuk menghukum. Yang baik tak semestinya baik. Yang betul tak selamanya betul. Sikap dan pendirian manusia, adalah satu complexity yang infinite!
Antara port yang sering saya lepak memerhatikan situasi dan sikap manusia, adalah di forum iluvislam.com. Di forum ini, ada bermacam2 manusia, berbicara mengenai bermacam2 situasi. Probabilities yang ada adalah limitless. Sungguh tak terhabis jika saya ingin mengulas kesemuanya, justeru biarlah saya mula dengan menganalisis satu trend yang dapat saya lihat dengan ketara.
Situasi dan Sikap Ummah
Post monolog ini saya bawakan satu isu yang cukup penting dan menarik bagi kita, umat Islam terutamanya. Isu anti-yahudi. Isu teori konspirasi. Isu NWO, illuminati, freemason, protokol of zion, serta pelbagai lagi entiti yang saya generalizekan sebagai entiti pemangkin sensitiviti ummah sekarang ini.
Jika dilihat di iluvislam itu sendiri, tidak kurang banyaknya perbincangan-perbincangan yang mengaitkan entiti ini. Dalam salah satu thread, ditimbulkan isu bahawa sistem pendidikan negara kita sekarang ini adalah sebahagian dari komplot Yahudi dalam usaha menyelewengkan umat Islam dari ajaran Islam sebenar. Dalam isu yang lain, dikatakan 2012 itu satu filem yang dibuat khusus untuk menyebarkan propaganda apa yang dikenali sebagai one-world-government, NWO. Serta pelbagai lagi perbincangan-perbincangan berkaitan.
Teringat saat awal pendedahan saya terhadap entiti2 ini beberapa tahun lalu, saya sendiri turut terbuka mata berhadapan dengan entiti-entiti ini. Malah saya secara peribadinya, turut dan masih memandang positif akan kewujudan entiti-entiti ini, atas kebaikan yang dibawa olehnya. Berapa ramai dah remaja Islam yang tersedar akan situasi umat Islam sekarang, setelah dihujani artikel/video berkaitan. Sudah banyak membuka mata yang selama ini lalai dan leka. Ramai yang mula mencari, erti Islam hakiki, setelah selama ini tenggelam dalam arus Islam Hereditari.
Pun begitu, sesuatu yang beneficial pada awalnya, mula bertukar arus. Seiring dengan berkembangnya pengaruh2 sebegini, umat Islam mula develop satu sikap yang saya tidak berapa senang dengannya. Sikap sering menyalahkan orang lain.
Bak kata user xpendakyah dalam salah satu perbincangan di sana,
1. Sekolah bercampur jantina -> kapel/anak luar nikah -> gejala  sosial = agenda yahudi
2. Sekolah sama jantina ->  gay/lesbian -> gejala sosial = agenda yahudi
3. TV  banyak hiburan -> terkinja-kinja -> tinggal ibadat -> gejala  sosial = agenda yahudi
4. Negara tak buat hukum hudud  -> bukan negara Islam -> menentang Islam -> kafir = agenda  yahudi
5. ‘Makan disuap’ -> jadi malas -> tak dapat  perform -> result teruk -> umat Islam ketinggalan = agenda yahudi
6.  Meritokrasi -> kejam -> tak dapat perform -> result teruk  -> umat Islam ketinggalan = agenda yahudi
Sungguhpun logik yang diberikan mengaitkannya dengan satu entiti “agenda yahudi” tapi hakikatnya itulah yang sedang berlaku. Kita umat Islam sering menuding jari, menyalahkan sesuatu yang lain. Sesuatu yang pada asalnya bertujuan untuk menjadikan berhati-hati, kini menjadi sesuatu yang bertujuan untuk dibenci.
Bencana H1N1 yang melanda, dikaitkan dengan agenda pengurangan manusia NWO. Tahun 2012 yang dikatakan asalnya dari kalendar purba dsb, dikaitkan dengan propaganda mass-terrorism (ketakutan sejagat) oleh NWO. Apabila banyaknya saintis-saintis barat yang membuat penemuan sains berbanding saintis-saintis Muslim, dikatakan sebagai agenda pemisahan sains dan agama oleh Illuminati. Semuanya kita asyik tuding kepada orang lain!
Saya cuba fikir dari segi etiologi (asal usul) sikap ini pula. Kenapa umat Islam mengambil jalan yang mudah, untuk menyalahkan orang lain? Kenapa umat Islam asyik beralasan?
Umat Islam Suka Beralasan Dan Menyalahkan!
Mungkin kerana beralasan itu mudah. Mungkin kerana menuding jari itu mudah. Oh aku gagal peperiksaan, disebabkan orang lain pandai. Nak buat camne, dah orang lain lebih pandai. Oh aku taknak hisap rokok, tapi dah member aku ajak. Nak wat camne, dia yang ajak aku hisap rokok, dia lah yang salah. Kalau dia tak ajak aku hisap rokok, aku tak la jadi perokok.
Pada mulanya, saya ingat manusia beralasan terhadap sesama manusia sahaja, sepertimana yang saya bagi contoh gagal peperiksaan atau menghisap rokok di atas. Atas sebab itu, saya menjadi buntu – kepada siapa umat Islam beralasan?
Kalau anak, beralasan kepada ibubapa. Kalau pelajar, beralasan kepada guru. Kalau pekerja, beralasan kepada boss. Tapi kita umat Islam? Dengan siapa kita beralasan sebenarnya? Fikiran saya ter-stuck di situ untuk sementara.
Hinggalah pandangan seterusnya user xpendakyah dalam perbincangan tersebut menyentak saya.
Bagus formula ni. Kalau aku berzina ke atau merogol ke, kat akhirat nanti aku ada alasan yang tak boleh dipersoalkan. Yela, bukan salah aku sebab berzina/merogol, tapi sebab kerajaan tak buat hukum hudud/buat sekolah campur, terpengaruh dengan agenda yahudi. Bila kerajaan tak buat hukum hudud, itula sebab takde roh Islam dalam diri aku. That’s why la aku berzina/merogol.
Cuba kalau kerajaan tak terikut-ikut yahudi. Gerenti aku tak buat benda-benda macam tu. Mesti aku dah jadi mujtahid mutlak time tu.
Ni semua salah yahudi/kerajaan, bukan salah aku.
Saya tersentak. Astaghfirullah. Nauzubillah. Adakah selama ini kita beralasan dengan Allah?
Adakah umat Islam zaman sekarang ini sudah terlalu daif, sehingga kita mula berani beralasan dengan Tuhan? Sudah terlalu lemahkah umat Islam zaman sekarang?
Umat Islam zaman sekarang sudah reput! Segala kebejatan akidah, ibadah dan akhlak yang terjadi, semuanya disandarkan kepada kaum Yahudi, kepada propaganda NWO, Illuminati, Freemason yang entahkan betul atau tidak! Untuk apa semua ini? Sebagai satu alasan untuk kita kemukakan di hadapan Allah kelak kah? Kenapa tidak disandarkan atas pundak masing-masing?
Cuma sekadar sesuatu yang berlari-lari dalam minda saya. Persoalan-persoalan yang sengaja retorik saya lontarkan, untuk kita semua fikir dan jawab kepada diri kita masing-masing.
Kadang-kadang, saya sendiri juga terfikir – tak jadi syirik ke, percaya benda-benda sebegini? Maksud saya, dengan mempercayai bahawa segala kesulitan dan musibah yang melanda umat ini, adalah angkara pihak-pihak tertentu. Tak jadi syirikkah, apabila mempercayai bahawa agenda-agenda NWO ini benar-benar kuat, dan mampu membinasakan umat Islam di masa akan datang? Tak menjadi syirikkah, apabila meletakkan nasib umat di atas tangan sesuatu organisasi mahupun kaum yang kita sendiri tahu mereka adalah manusia seperti kita?
Syirik ke tidak, wallahua’lam. Cuma sekadar persoalan yang bermain di fikiran, enggan saya memandai-mandai menjawabnya. Maklumlah saya ini bukannya ahli bab-bab agama dan hukum ini.
Namun yang pastinya, saya membulatkan kepercayaan saya berkaitan isu ini, ke atas sepotong ayat alQuran, iaitu dari Surah Ar-Ra’d, ayat 11.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Allah telahpun sebut dengan jelas. “sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Kita sendiri yang menentukan masa depan ummah kita. Bukan Yahudi. Bukan NWO. Bukan Illuminati, hatta 1001 macam kaum2 lain pun.
Dan segala bencana, musibah yang menimpa kita, biarpun H1N1, biarpun tsunami, biarpun serangan ekonomi, semua itu dikehendaki oleh Allah dan Allah sahaja.
Itu pada pandangan saya lah. Pendirian saya. So far, saya meyakini pendirian saya ini.
Pencemaran Akidah?
Penyebab utama permasalahan yang dihadapi umat kini, saya yakin bertitik tolak akibat dari pencemaran akidah yang berlaku. Apabila kita tidak lagi meletakkan 100% kepada Allah. Kita banyak membaca mengenai Islam, tapi kita membaca bukan sebab kita nak kenal Allah, tapi kita membaca sebab takutkan NWO. Kita jadi semakin rajin bekerja, tapi rajin bekerja kita bukan kerana Allah tetapi rajin bekerja kita kerana takut dikalahkan Freemason.
Subtle, tapi besar kesannya. Bak kata akhi Azri Bohari ketika Kem Eksplorasi Minda 2008, dalam slot kompas, mafhumnya:
“Dalam kompas, titik mula penentu destinasi akhir. Jika teralih hatta 0.1 darjah sekalipun, destinasi akhirnya akan lari sejauh berbelas malah beratus kilometer, bergantung kepada jarak perjalanan. Begitu juga dengan niat kita. Jika di awal kita berjuang di jalan Allah pun niat kita tersasar sangat sedikit, walaupun tidak kita sedari pun, di akhirnya perjuangan kita tidak akan selari dengan jalan Allah”
Bagaimana perjuangan saya pula? Ya, walaupun banyak2 saya berfikir pun, semua fikiran saya itu menjadi sia-sia jika tidak saya korelasikan kembali dengan diri saya sendiri. Saya memikirkan, apakah langkah pertama saya. Apakah hala tuju saya. Bagaimana kompas saya?
Antaranya, perancangan mengenai generasi hadapan saya, iaitu anak-anak saya. Saya tahu, sukar melakukan perubahan secara horizontal, namun saya juga sedar bahawa saya mampu mencetuskan perubahan secara vertikal.
Bagi anak-anak saya, saya takkan didik mereka untuk bencikan yahudi, takutkan NWO, musuhi Illuminati dan sebagainya. Sebaliknya saya berazam akan kukuhkan akidah anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka membesar sekadar Muslim Warisan. Saya inginkan agar mereka benar-benar faham, akan nilai dan kualiti Islam itu sendiri. Akan saya pastikan benih akidah bercambah kuat, akar jauh menusuk ke dalam hati, membuahkan akhlak dan ibadah yang sahih dan salim.
Dan yang akan saya didik, adalah kebencian terhadap kezaliman. Kebencian terhadap kemungkaran, tidak kiralah sekiranya ia dilakukan oleh barat mahupun muslim. Benci terhadap fitnah. Benci terhadap dusta. Benci terhadap perkara-perkara yang dibenci Allah.
Dengan cara itu, datanglah NWO ke, WHO ke, WWE ke, FIFA ke, UEFA ke, Illuminati ke, Yahudi ke, Akademi Fantasia ke, hatta seribu satu macam ghazwul fikri pun, inshaAllah generasi akan datang mampun menangkisnya.
Dan tentulah, dalam keazaman saya terhadap didikan anak-anak saya tersebut, seharusnya ia bermula dengan diri saya terlebih dahulu. Dan ia bermula sekarang, bukannya di saat saya diijabkabulkan, atau di saat kelahiran anak saya tersebut. Bak kata ayahanda ulama’ Islam terkenal Imam Hanafi, ketika ditanya apa rahsia beliau mendidik anaknya Imam Hanafi sehingga beliau menjadi seorang yang begitu istimewa. Maka jawab ayahanda Imam Hanafi – “Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum beliau dilahirkan“.
Dari mana ingin saya bermula? Jika difikir-fikir, jika root of all problem adalah pencemaran akidah, tentunya saya perlu bermula dengan pemurnian akidah. Itu azam dan target saya. Memurnikan akidah, iaitu saat dimana sumber akidah itu adalah dari AlQuran dan Hadis, bukannya semata2 dari sains, atau dari teori-teori konspirasi, atau dari bukti-bukti zahiri seperti bayi bertulis ayat Allah dilengan atau sejadah berdiri dsb.
Ketakjuban Yang Membahayakan
Ya, ini pun satu masalah umat juga. Saya menjadi terpinga-pinga dan pelik, kenapa umat begitu takjub atas benda-benda yang di luar kebiasaan, seperti bayi bertulis lengan Allah dan sejadah berdiri dsb. Adakah bila ada benda-benda camtu, baru kita nak yakini keagungan Allah? Ada yang mengatakan, peristiwa2 ajaib itu sebagai peringatan Allah kepada umat. Habis, peringatan yang sama telahpun ada di dalam alQuran sejak dari 1400 tahun lampau? Jujur, saya jadi pelik sekejap.
Ah tidak perlu saya ulas panjang mengenai isu ini. Tulisan para agamawan terkenal seperti Ustaz Zaharuddin (Sejadah Berdiri Di Rumah Saya) dan Ustaz Hasrizal (Buta Mata atau Buta Hati), sudah cukup cantik membicarakan mengenainya.
Mengikat Sains Dan Agama
Begitu juga apabila ada sesetengah yang menindihkan agama dan sains. Agama dan sains perlu bergerak seiring, itu saya tidak nafikan, namun ianya tidak wajar ditindihkan (overlap). Permasalahan yang boleh timbul, adalah apabila ada sesetengah yang menyandarkan dan mengikat agama dengan sains.
Contohnya, dikatakan diharamkan memakan babi (agama) itu disebabkan babi itu membawa banyak penyakit (sains). Atau dikatakan perlunya solat berjemaah (agama) itu, adalah untuk menyeimbangkan cas-cas positif dan negatif dalam badan (sains).
Kelemahan apabila mengikat agama dan sains, adalah apabila salah satunya runtuh (void) maka yang satu lagi akan turut runtuh! Jika disandarkan agama kepada sains sepertimana contoh babi yang saya berikan di atas, maka adalah logik untuk kita katakan bahawa jika babi itu dimasak sehingga sterile hilang kuman2 dan parasit2, babi akan menjadi halal? Dan adakah jika kita berjaya mencipta suatu alat atau pakaian yang boleh meneutralkan cas-cas badan, maka anjuran solat berjemaah akan gugur?
Tidak sama sekali. Agama sama sekali tidak dibataskan oleh sains. Jauh di sudut hati saya, saya bersetuju perlunya pemisahan antara sains dan agama. Namun bukannya pemisahan total, sebagaimana yang terjadi ketika konflik ketika zaman Enlightment di Eropah suatu masa dahulu. Sebaliknya, seperti yang saya katakan, agama dan sains itu perlu bergerak seiringan, tetapi tidak dependant/bergantungan antara satu sama lain.
Mengaitkan dengan isu pencemaran akidah. Ya, bagi saya itulah salah satu jenis pencemaran akidah, apabila memusatkan niat dan asbab sesuatu ibadah/syariat Islam itu kepada sains. Solat semata2 sebab nak bagi darah mengalir ke urat di kepala. Solat berjemaah sebab nak seimbangkan cas-cas badan. Haram makan daging babi sebab takut dapat penyakit.
Sesungguhnya sains itu hanyalah alat. Berdasarkan sunnatullah. Ianya boleh menjadi bukti keagungan Allah secara umum, namun ianya tidak boleh disandarkan sebagai bukti mutlak.
Teori Konspirasi Mencemarkan Akidah?
Begitu juga dengan entiti-entiti yang saya maksudkan di atas. Kewujudan NWO, Illuminati, Freemason dan sebagainya, ditambah dengan propaganda dan dakwaan-dakwaan para conspiracy theorist, bagi saya adalah menyumbang kepada pencemaran akidah. Apabila umat Islam mula berminat untuk belajar agama, tetapi bukan belajar semata-mata kerana Allah, sebaliknya kerana takutkan NWO. Umat Islam mula terbakar semangat untuk memboikot, tapi bukan kerana Allah sebaliknya kerana bencikan Yahudi.
Saya tertanya-tanya apa motif diadakan teori-teori konspirasi tersebut. Sekadar hanya bersandarkan kepada sangkaan, dikatakan antara tujuannya menimbulkan kesedaran kepada ummah. Apakah sudah habis ayat-ayat alquran untuk digunakan sebagai panduan? Apakah sudah habis kisah-kisah dan sirah para nabi dan sahabat, sebagai pencetus motivasi?
Saya secara peribadi melihatnya sebagai satu contoh the end justifies the means. Mungkin untuk satu kebaikan yang lebih besar – kesedaran ummah. Itu saya tidak nafikan, malah saya mengagumi dan memuji kesan positif yang diterima dari fenomena ini.
Namun begitu, adalah amat gusar di hati saya memikirkan kesannya jangka panjang. Niat yang tersasar mungkin sedikit. Cuma sekadar 0.001 darjah. Tidak terasa pun perbezaannya pada langkah yang ditapak. Namun dalam perjalanan ummah yang entahkan bila berakhirnya ini, perbezaan 0.001 darjah itulah penentu dan pembeza nasib umat kita generasi-generasi akan datang.
Ke Arah Pemurnian Akidah
Memurnikan akidah bukan usaha yang mudah. Namun setidak-tidaknya, itu yang akan saya tanamkan dalam diri anak-anak saya. Apabila akidah dah murni, maka umat tidak memerlukan kajian sains untuk membuktikan hikmah sesuatu ibadah, sebelum melaksanakannya. Apabila akidah sudah murni, umat Islam tidak perlukan NWO, Illuminati, Freemason dsb untuk menjadi produktif. Apabila akidah sudah murni, tak perlu menunggu kalimah Allah di langit atau pokok rukuk untuk bersujud menghadap ilahi.
Itu sahaja kuncinya. Kembali kepada Islam yang sebenar. Bukannya Islam disebabkan ketakutan kepada entiti-entiti manusiawi atau duniawi. Bukan Islam disebabkan paranoid kepada certain2 faktor yang di luar kuasa kita. Bukan Islam disebabkan sesuatu yang kita nampak secara zahiriah seperti tulisan Allah di awan dsb.
Para sahabat Rasulullah dahulu, mereka tidak memerlukan pun bukti-bukti, teori-teori dan penemuan2 sains untuk mempercayai Islam. Mereka dengar dan mereka taat. Saat Rasulullah kembali dari mi’raj, Abu Bakar tidak perlukan sebarang bukti pun untuk membenarkan kata-kata Nabi. Itu kekuatan iman para sahabat. “Kami dengar dan kami taat”.
Malahan, dengan kedatangan Islam, mereka menjadi lebih berani. Lebih berkeyakinan. Bilal tidak takut disiksa tuannya kerana Islam. Suhaib Ar-Rumi rilek je meninggalkan segala hartanya ketika berhijrah. Mereka tak takutkan kafir quraisy. Sepertimana Musa tidak takutkan para penyihir Firaun, dek kerana keyakinan beliau terhadap Allah. Sepertimana keyakinan Yunus tatkala ditelan Nun.
Tapi umat Islam sekarang? Ramai yang lebih meyakini kewujudan NWO dan takutkan pengaruh mereka, daripada mempercayai alQuran dan takut akan ancaman2 Allah didalamnya! Sungguh ironi sekali!
Pun begitu, saya sama sekali tidaklah menafikan dan menentang usaha para pencetus kebangkitan ummah tersebut. Melihat kepada big picture, alhamdulillah, usaha sedemikian telah membuka mata mereka-mereka yang tidur, lalai dan leka. Namun sekadar membuka mata tidaklah cukup. Pandulah ummah ke atas landasan akidah yang sejati kembali. Hanya dengan akidah yang murni, kita dapat bersatu. Hanya dengan akidah yang murni, 300 orang mampu mengalahkan 1000 orang. Hanya dengan akidah yang murni sahajalah, Islam akan kembali menjadi ustazyatul alam di muka bumi ini.
Oh anda masih membaca? Saya mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kerana sudi membaca post ini. Saya tidak expect pun anda membaca habis post ini. Adapun post ini, sebagaimana tajuknya, hanyalah monolog persendirian. Sekadar ucapan dari mulut ke telinga saya sahaja. Mungkin menjadi peringatan buat diri ini yang tidak maksum, di masa akan datang. Justeru jika anda berjaya menamatkan pembacaan anda ini, saya tidaklah meminta anda menerima bulat-bulat apa yang saya sampaikan. Saya tidaklah juga berhasrat untuk berdebat dan bertelagah dengan mana-mana pihak.
Ayuh Berfikir!
Cuma satu yang saya harapkan, daripada anda-anda yang berjaya menghabiskan pembacaan ini, adalah semoga tercetusnya keinginan masing-masing untuk berfikir. Saya tidak meminta anda bersetuju dengan saya, cuma saya meminta anda berfikir. Marilah bersama-sama dengan saya, untuk berfikir. Berfikir mengenai kerelevenan artikel ini terhadap dunia Islam sekarang. Berfikir mengenai kerelevenan artikel ini terhadap diri kita masing-masing.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.  (Surah Al-Furqan, ayat 50)
Refleksi Isu Kartika & Undang-Undang Islam Malaysia
Alhamdulillah, hari ini walaupun masih sengal-sengal badan, light-headed dan hidung berhingus, saya tetap melangkah di dalam kesejukan 12 darjah celcius untuk ke kelas ENT di Hospital Semashka. Kerana apa? Kerana hari ini adalah hari terakhir kelas ENT, juga menandakan hari exam untuk subjek ENT ini.
So seperti biasa, saya sampai di hospital tersebut pukul 9 lebih. Prof Yuri Alekseevich belum masuk lagi. Kami berehat-rehat, mengulangkaji skema-skema jawapan yang telahpun tersedia. Pukul 10 lebih, akhirnya Prof masuk. So dia pun semak-semaklah buku rekod markah kami, jadual kedatangan ke kelas dll. Setelah itu, exam pun bermula. Malaslah saya nak cerita camne exam ENT. Hehe. Kepada senior2 di NNSMA, masing2 tahu lah kot exam ENT dengan Prof Yuri camne. As for juniors, bleh tanya sendiri lah kat senior2. Ahaha~
Anyway, alhamdulillah, semua telahpun setel exam ENT. Saya sendiri, berasa lega sangat2 kerana telah berjaya setel 2 daripada 3 exam untuk semester ni. InshaAllah, kalau semua berjalan lancar, by the end of this year saya akan berjaya menghabiskan semua kelas, dan akhirnya pulang ke Malaysia pada hujung Disember untuk cuti winter selama 6 minggu! Yeyy~!
So tadi around pukul 11 lebih, berakhirlah sudah cycle (rotation) untuk subjek ENT kami. Kami2 seramai 6 orang, decided untuk singgah ke pusat membeli belah di hadapan hospital, iaitu Fantastika. Cadangnya untuk duduk2 rehat2 sambil makan2 sambil bergossip2. Eheh. Bersembang2. Hehe.
Tapi mostly, just untuk berehat2 jelah. Kerana cycle ENT ni jelah yang betul-betul rilek pun. Esok kami sudah memulakan cycle Neurology. Antara cycle yang paling berat dalam semester ini. Dan pastinya, ketika itu, kami tidak lagi boleh enjoy, rilek-rilek dan bersukaria seperti sebelum-sebelum ini.
So lepaklah kami di bahagian medan selera Fantastika tersebut. Group kami ketika itu, 6 orang -- 2 India, 4 Melayu termasuk saya. Banyak jugaklah yg dibincangkan, termasuklah lanjutan dari perkara yg dibincangkan aritu (yg saya dalam post I dulu. harharhar). Namun, salah satu isu menarik yang kami bincangkan, yang saya kira menarik untuk dikupas di sini adalah Isu Kartika.
Ps: Artikel ini agak panjang. Boleh je skip dan baca ikut heading mana2 yang korang tertarik.
Penguatkuasaan Undang-Undang Islam di Malaysia
Yang bestnya, isu kartika ni dibangkitkan oleh salah seorang rakan India saya. Terharu jugak saya bila melihat beliau yang turut juga concern akan sebuah isu masyarakat Islam di Malaysia ini. Sedangkan dalam masyarakat sesama Islam pun, ada yang terpinga-pinga serta tidak tahu apa-apa berkenaan isu ini. Siapa Kartika? Apa dia buat? Apa yang panasnya pasal dia?
Secara ringkas sedikit saya ceritakan. Kartika Sari Dewi, merupakan seorang model Singapura (rakyat Malaysia) yang telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak. Sehubungan dengan itu, beliau telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 serta sebatan sebanyak 6 kali. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ikut perbincangan kat iluvislam.
Isu pertama yang dibangkitkan -- “meminum arak adalah kesalahan yang boleh dihukum mahkamah“? Macam tak percaya je rakan-rakan India saya tersebut. Selama ni memang diorg tahu, yang orang Islam tidak boleh minum arak. Berdosa. Tapi diorang terkejut pula bila tahu yang orang Islam meminum arak, boleh dihukum di mahkamah. Ini disebabkan, dah biasa dah tengok/dengar orang Islam minum arak agaknya. Selalu sangat dengar artis-artis minum arak, takde pun kena hukum oleh mahkamah. Orang-orang besar yang Islam, termasuk baru-baru ini salah seorang anak VIP Malaysia, siap dikaitkan lagi dengan sebuah syarikat arak. Biasa je?
Namun itulah hakikatnya. Bidang kuasa penguatkuasa undang-undang Islam di Malaysia, bukannya besar sangat. Kuasa melaksanakan undang-undang Islam, terletak pada pentadbiran negeri masing-masing. Itu yang tercatat pada perlembagaan, pada asalnya (ada belajar ye dalam Sejarah Form 4, tapi saya sendiri ingat-ingat lupa. Hehe).
Itulah realiti status perlaksanaan undang-undang Islam di negara kita. Tak keterlaluan, jika saya kata, “ada just sebab nak bagi ada je, nak ambil hati orang Melayu. Perlaksanaannya, bagai melepas batuk di tangga”. Kita sendiri boleh tengoklah -- perlaksanaan undang2 sivil, dibantu oleh pihak polis. PDRM. Polis ada kuasa. Boleh bawa gari, bawa pistol. Tapi pelaksana undang-undang Islam? Terletak pada jabatan agama setiap negeri. Kuasa apa sangatlah yang ada pada pegawai-pegawai agama nih. Setakat torchlight ngan buku nota jelah, untuk serbu2 pasangan berkhalwat. Huhu.
Berbalik kepada isu perbincangan. Melalut-lalut pula saya ni. Mengenai isu Kartika ini, ianya menjadi sebuah isu yang agak panas kerana ia adalah kali pertama seorang wanita Muslim dijatuhkan hukuman sebatan. Ini sekaligus menimbulkan reaksi (melatah?) oleh banyak pihak, terutamanya pihak yang jahil akan hukum-hukum agama dan perlaksanaannya.
Laporan Al-Jazeera dari YouTube
Sebatan Sivil
Bila menyebut mengenai “sebat”, saya teringat ketika saya masih berusia form 4. Ada dianjurkan lawatan oleh Kelab Catur MRSM PDRM ke Penjara Sungai Petani, kerana ada dianjurkan pertandingan chess bersama pegawai dan wadar penjara di sana. Main chess ngan pegawai ye, bukannya main chess ngan banduan. Hehe. Ingatkan lawan style tournament, rupanya pihak penjara hanya diwakili oleh seorang je wadar! Ya, dia seorang je, lawan dengan kami yang seramai lebih kurang 6-7 orang kot otai-otai chess maktab, secara serentak! Tapi memang genius dan hebat la, pakcik tu. Kami semua kalah. Huhu.
Eheh melalut-lalut lagi. Hehe. Selepas pertandingan chess tersebut, kami turut dibawa ke ruangan pameran, untuk melihat banyak exhibit menarik. Antaranya termasuklah tali gantung, pakaian2 banduan, senjata2 wadar dan lain2. Namun satu sudut yang menarik minat saya, adalah sudut sebat. Ditunjukkan di situ, rotan yang digunakan untuk menyebat. Gerun saya. Huhu. Kemudian diletakkan pula gambar-gambar punggung banduan yang disebat. Imej-imej 18SG seperti darah yang mengalir, isi yang berselirat dan hancur, menjadi mimpi ngeri saya pada malam itu. Huhu.
Agaknya itulah imej yang timbul di kepala kita, apabila disebut mengenai hukuman “sebat”. Malah, itulah juga yang ditanya oleh rakan-rakan non-muslim saya pada tengahari tadi, berkenaan isu kartika dihukum sebat. “Gila lah, nak sebat sampai macam tu!” Tak kurang juga, reaksi dari rakan saya yang muslim, yang tidak mengetahui akan perihal sebat tersebut! Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada mereka, mengenai sebatan dalam Islam.
Sebat Sivil - Click untuk lebih besar
Sebatan Dalam Islam
Tak ramai yang menyedari, bahawa sebatan yang akan dijalankan kepada Kartika tersebut, adalah menurut sebatan menurut Islam! Bukannya sebatan sivil yang mengerikan tersebut. Apakah yang dinamakan sebatan menurut Islam?
Sebat Islami - Click untuk lebih besar
Rotan yang digunakan, bukanlah seperti rotan sebatan sivil yang tebal dan keras. Rotan dalam sebatan Islam, panjangnya hendaklah tidak melebihi 1.22 meter. Tebalnya tidak boleh melebihi 1.25 sentimeter.
Tatacara perlaksanaannya juga tidaklah sama seperti sebatan sivil. Kalau sebatan sivil tu, tengok jurusebat pun dah naik gerun. Dihayun rotan tersebut, bagaikan mengetuk karpet di luar rumah. Huhu. Tatacara perlaksanaan sebatan Islam, sama sekali tidak macam tu. Jurusebat yang menyebat, hendaklah dengan kekuatan sederhana, dan tangannya tidak boleh diangkat tinggi melebihi kepala. Malahan, ada juga yang menyatakan, tidak boleh menampakkan ketiak ketika menyebat, dan seandainya diselit sebuah buku di celah ketiak jurusebat ketika menyebat, buku tersebut tidak akan jatuh. (betulkan kalau tersilap). So balik nanti cuba praktis tengok kat member sendiri -- sakit ke tak sebat tu? Berdarah-darah kah?
Begitu juga soal pemakaian dan posisi pesalah. Kalau tengok sebatan sivil, pesalah dibogelkan hingga bercawat lalu diikat pada tiang sebat. Kalau ikut yang diceritakan oleh pakcik penjara tu kepada saya, lepas sebatan ketiga konfem terkencing. Lepas sebatan kelima konfem terberak. Sampai tahap itu sakitnya.
Sedangkan sebatan dalam Islam -- jika ianya pesalah lelaki, maka ianya akan disebat dalam keadaan berdiri. Jika ia pesalah perempuan, ianya akan disebat dalam keadaan duduk.
Malahan, pesalah hendaklah memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya ketika hukuman dilaksanakan! Lihat, betapa Islam menitikberatkan soal maruah dan aurat pesalah, even ketika menjalani hukuman pun tuntutan menutup aurat tetap akan terlaksana. Ironinya, ramai pula wanita-wanita Muslim yang “innocent”, “baik hati”, tetapi tidak pula mahu menitikberatkan soal aurat!
Untuk rujukan lebih lanjut mengenai perlaksanaan hukuman sebat, boleh rujuk kepada artikel ruangan agama akhbar Utusan ini. Sila beri perhatian, tarikh artikel tersebut dikeluarkan adalah beberapa bulan sebelum isu Kartika ini timbul. Tapi berapa ramai yang membacanya, serta mengaplikasikannya pula dalam situasi Kartika ini. Hmm!
Sebab itu, saya sendiri agak terkilan apabila pemimpin-pemimpin Islam yang liberal pula yang mempersoalkan mengenai perlaksanaan hukum sebat ini. Jikalau yang melatah tersebut adalah dari pihak non-muslim, itu masih boleh difahami kerana keterbatasan ilmu dan pengetahuan serta kefahaman mereka akan hal ini. Malahan reaksi dari sesetengah mereka Islam Liberal turut sangat-sangat mengecewakan. “Hukuman ini membawa imej negatif kepada Islam”. Astaghfirullah, alasan apakah ini. Imej negatif itu boleh diperbetulkan dengan memberikan penjelasan dan penerangan yang benar. Tidak sekali-kali arahan Allah tersebut dibelakangkan, hanya untuk mendapatkan imej yang positif dari pandangan masyarakat!
Bagaimana penerimaan Kartika akan hukuman ini?
Gambar terbaru Kartika bersama suaminya. Klik untuk link berita.
Saya tidaklah tahu akan isi hati manusia, namun dari hemat saya, Kartika benar-benar ikhlas ingin menerima hukuman dan bertaubat dari kesalahannya itu. Beliau enggan merayu agar dikurangkan hukuman, malah menggesa pula agar dipercepatkan hukumannya itu.
“I will accept this Earthly punishment, let Allah decide my punishment in the hereafter…for now the court has yet to tell me when the sentence will be carried out, so I would like to ask them to hasten it.
Malahan, menurut sumber yang saya terima (namun tidak dapat dipastikan kesahihannya), Kartika meminta agar dijatuhkan hukuman yang maksimum. Ini pula jawapan yang diberikan oleh hakim ketika persidangan tersebut:
Y.A. Hakim: Dengan ini, saya mendapati bahawa awak, Kartika didapati bersalah
kerana meminum arak. Jika negara ini mengamalkan hukum-hukum Allah,
nescaya saya akan menjatuhkan hukuman sebanyak 80 kali sebatan.
Tetapi, Perlembagaan Negara menghadkan kuasa saya kepada 6 sebatan.
Kartika, marilah sama-sama kita memohon ampun agar Allah memaafkan
dosa saya dan awak.
Penghakiman tamat.
Kemudian, Kartika dan ibu bapanya menangis teresak-esak. dia kata dia rela menerima hukuman ni. ibu bapanya berterima kasih kepada Y.A. Hakim kerana memberi hidayah kepada anaknya.
Sejauh mana kebenaran cerita di atas, wallahua’lam. Namun InshaAllah, inilah jiwa seorang Muslim yang benar-benar ingin membersihkan dirinya daripada dosa silam, serta bertaubat nasuha atas perbuatannya tersebut. Laporan dan YouTube terkini yang sempat saya ikuti mengenai beliau, menunjukkan yang beliau telahpun mula memakai tudung sejak akhir-akhir ini. Malahan menurutnya, beliau akan menunaikan umrah setelah hukuman tersebut dijalankan. Alhamdulillah, semoga Allah mensucikan jiwanya dan menerima taubatnya tersebut.
Terkilan juga saya apabila membaca sebuah laporan Malaysiakini, bahawa Kartika mengadu sejak hukuman diatasnya diputuskan, beliau diganggu dan didesak oleh pelbagai pihak -- kerajaan dan bukan kerajaan, agar merayu dikurangkan hukuman. Saya tidak faham kenapa kerajaan atau pihak bukan kerajaan ini gusar dengan perlaksanaan undang2 Islam atau hukum hudud. Belum dilaksanakan lagi pun dah takut. Paranoid sangatkah? Yang dihukum itu Kartika, yang melompat itu mereka pula!
Malah, perlaksanaan hukuman sebat tersebut juga seolah-olah banyak sangat dihalang atau sengaja dilengahkan. Pelbagai alasan diberikan. Sekejap ditahan, sekejap dibebaskan. “Mahu menghormati bulan Ramadhan.” “Tiada jurusebat bertauliah”. Dan seterusnya, sehingga kini seminggu selepas Aidilfitri tetap masih tiada perkembangan.
Update terkini dari Berita Harian -- Kartika tetap kena sebat
Undang-Undang Sivil & Common VS Undang-Undang Islam?
Ramai dalam kalangan non-muslim, even dalam kalangan masyarakat muslim sendiri pun, mempunyai tanggapan yang salah akan perlaksanaan undang-undang Islam (salah satunya adalah “hukum hudud”) ini. Bila disebut undang-undang Islam, ramai yang menganggap itu adalah undang-undang yang kuno. Undang-undang masyarakat Arab Jahiliyah. Jika dilaksanakan, maka jalan tidak akan berbatu kerana batu digunakan untuk direjam. Jika dilaksanakan, boleh dibuat sup tangan kerana banyak tangan-tangan pencuri dipotong. Serta pelbagai lagi analogi yang sengaja dibuat, demi menunjukkan betapa “kejam”nya undang-undang Islam ini.
Hakikatnya, undang-undang Islam tidaklah zalim seperti yang disangkakan. Satu yang perlu difahami, undang-undang Islam ini adalah undang-undang yang digubal sendiri oleh Allah. Ia bukan seperti undang-undang sivil, yang mana perlu dicadangkan di dewan negara, dibahaskan, dipersetujui oleh lebih 2/3 etc. Undang-undang Islam, tidak dibuat sesuka hati oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. Ianya adalah undang-undang yang digariskan sendiri oleh Allah s.w.t, menurut Al-Quran dan diwahyukan kepada Nabi.
Justeru itulah, ciri istimewa akan undang-undang ini adalah : Pertama, ianya sesuai di semua zaman, di semua tempat! Dan yang kedua, ianya terjamin akan effective!
Perlaksanaan undang-undang Islam, tidaklah diambil secara sambil lewa. Boleh dilihat sendiri kepada perlaksanaan hukuman sebatan kepada Kartika tersebut. Tidaklah sekejam sebatan undang-undang sivil, sehingga merobek isi daging pesalah. Malahan, maruah dan aurat wanita terjaga, kerana disebat dalam keadaan tertutup aurat. Nah, katakan dengan jelas, yang mana satu lebih kejam agaknya?
Begitu juga perlaksanaan undang-undang yang lain. “Mereka yang disabitkan kesalahan berzina, dihukum rejam sampai mati.” Mengerikan, bukan? Tetapi Islam juga menggariskan, bukan mudah hendak disabitkan kesalahan berzina. Perlu ada saksi seramai sekian-sekian orang. Perlu ada syarat-syarat yang tertentu. Malahan, jika orang yang menuduh zina itu gagal membawa bukti, hukuman tersebut boleh berbalik kepadanya pula (Qazaf). Ini adalah method pencegahan yang ada di dalam perlaksanaan hukuman ini, bagi mengelakkan adanya fitnah atau pembohongan.
Begitu juga dengan hukuman “mencuri akan dipotong tangan“. Bukan semua jenis yang mencuri itu, akan dipotong tangan. Islam ada menggariskan, jumlah-jumlah tertentu, kadar-kadar tertentu. Even keadaan pencuri -- adakah beliau sedang lapar, miskin, dibawah tekanan emosi, diugut dsb turut diambil kira! Malahan, yang lebih indah, dalam undang-undang Islam, andaikata mangsa kecurian itu sudi memaafkan dan menghalalkan apa yang dicuri oleh si pesalah, maka kes itu gugur. Indah bukan, Islam yang mempromosi akan kemaafan sesama manusia, lebih penting daripada sikap membalas dendam! =)
Serta banyak lagi aspek-aspek lain. Contohnya, jika pesalah mempunyai tanggungan seperti sedang mengandung atau mempunyai anak kecil, maka hukuman tersebut boleh ditangguhkan ke suatu masa yang difikirkan sesuai. Islam adalah agama yang mementingkan keadilan. Ia juga menggalakkan sikap memohon maaf kepada manusia, dan memohon keampunan kepada Allah.  “Lebih baik tersalah ampun, daripada tersalah hukum.” Undang-undang Islam yang digariskan oleh Allah adalah serampang dua mata -- sebagai hukuman, dan juga sebagai pencegahan.
Effektifkah Undang-Undang Islam?
Negara kita telah mengamalkan undang-undang sivil dan common law sejak dari zaman sebelum Merdeka lagi. Diadaptasi dari Undang-Undang British, diubahsuai oleh Lord Reid -- itulah undang-undang yang kita semua rakyat 1Malaysia agung-agungkan dari dahulu sampai sekarang. Kita mengatakan kita telah merdeka, bebas dari pengaruh penjajah, namun ironinya undang-undang penjajah itulah yang menjadi tulang dan rangka kepada undang-undang kita pada hari ini.
Natijahnya, apakah keberkesanan yang ada pada undang-undang ini? Adakah jenayah-jenayah seperti rompak, rogol, ragut, bunuh dsb berkurangan? Kesnya semakin meningkat saban tahun. Malahan, seiring pula dengan teknologi. “Rogol setelah chatting di Internet”. “Bunuh menggunakan bom C4″. “Peragut di dalam LRT”. Pelbagai lagi.
Mungkin jari boleh dituding pada peringkat perlaksanaan. Perlaksanaan yang ada, tidak cukup efficient. Polis-polis pula banyak yang makan suap. Sebuah kes yang dibawa ke mahkamah, memakan masa berbulan malah bertahun-tahun untuk dibicarakan. Itu semua adalah masalah-masalah teknikal, bukan masalah dasar. Yang menjadi masalahnya, adalah pada dasar. Hakikatnya, dasar yang kita gunakan adalah tidak effektif.
Kerana apa undang-undang ini tidak effektif? Kerana ianya adalah undang-undang yang dibuat oleh manusia. Dan kita pun tahu, manusia sentiasa ada kelemahan. Manusia sentiasa berada di bawah pengaruh emosi. Manusia sentiasa ada kepentingan -- sama ada kepada diri sendiri, kepentingan ekonomi, kepentingan politik, kepentingan reputasi dan bermacam-macam lagi. Dalam usaha menjaga kepentingan-kepentingan itulah, pasti akan ada perkara yang terlepas pandang, lebih-lebih lagi dalam penggubalan dan perlaksanaan undang-undang.
Bagaimana pula di masa akan datang? Wujudnya sebuah kes baru, justeru perlunya digubal akta yang baru. Maka bersidanglah lagi, para pembuat undang-undang Malaysia. Berbulan lagi masa diambil, dan entah berapa pula kos yang perlu dihabiskan di setiap kali persidangan. Malah, boleh pula meminda akta-akta yang telah dibuat sebelum-sebelum ini. Ini semua membuktikan, bahawa undang-undang buatan manusia ini adalah undang-undang yang tidak perfect.
Sudah tiba masanya kita beralih kepada sistem undang-undang lain, iaitu sistem syariah. Kerana inilah sistem undang-undang yang perfect, yang sesuai di semua tempat dan di semua zaman. Kenapakah? Kerana asas kepada sistem syariah, adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, yang tidak akan berubah ditelan zaman. Dan andainya muncul kes-kes baru, maka pendekatan qiyas dan ijma’ ulama pula diambil, berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Tidak perlu meminda apa-apa. Tidak ada akta yang obsolete. Kesemua yang kita perlukan, telah lengkap berada di dalamnya.
Maka begitu juga dengan perlaksanaannnya. Perlaksanaan undang-undang Islam, jika setanding dengan perlaksanaan undang-undang sivil/common sekarang ini, pasti akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Jika kita lihat, apa natijah yang diperoleh dari hukuman-hukuman undang-undang sivil? Kesakitan akibat dirotan? Kebosanan akibat dipenjara? Maut?
Maka apa yang menghalang individu dari melakukan kesalahan? Takut. Takut kepada kesakitan. Takut akan kebosanan dipenjara. Takut akan kematian. Ini adalah perasaan yang timbul ketika melakukan sesebuah kesalahan, namun ternyata, perasaan takut ini tidak juga mampu membendung individu tersebut dari melakukan kesalahan.
Tetapi dengan undang-undang Islam, apa sebenarnya yang menghalang individu dari melakukan kesalahan? Satu, dan hanya satu - Takut kepada Allah. Ini kerana undang2 Islam ini, diarah sendiri oleh Allah. Digubal sendiri, oleh Allah. Bagaikan Allah sendiri yang menghukum, melalui wakilNya pemerintah/khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya ianya hanyalah sebagai peringatan, agar bertaubat, kerana azab dan hukumanNya di akhirat adalah jauh lebih berat daripada yang diperintahkan di dunia ini. Sungguh, jika inilah yang bermain di fikiran kita tatkala terbayangkan hukum hudud yang boleh dikenakan, nescaya kita tidak akan berani melakukan kesalahan tersebut.
Bila Lagi?
Sebuah berita dari AFP, yang dikeluarkan pada pertengahan bulan ini, benar-benar menggamit jiwa saya. Benar-benar membuatkan saya berasa tersentuh, hingga hampir mengalirkan air mata:
BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.
Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.
Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.
Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.
“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.
“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.
Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.
Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.
Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.
“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.
Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.
– AFP
Subhanallah, masyarakat Islam di Aceh sudahpun meluat dengan undang-undang sivil yang sedia ada. Malahan, disokong sepenuhnya secara sebulat suara pula tu. Malahan, kerana yakin dengan undang-undang tersebut, mereka sanggup dan berani pula menentang gabenor mereka, yang lebih liberal.
Dimanakah Kita?
Perbincangan saya dengan rakan-rakan saya di hadapan restoran itali “Sbarro” tersebut tidaklah sepanjang yang saya nukilkan di sini. Hehe. Namun point yang ingin saya bawa adalah - sedangkan masyarakat non-muslim sendiri cakna dan concern dengan isu umat Islam, di mana pula concern kita?
Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyebut
Barangsiapa yang tidak mahu ambil tahu @ prihatin akan urusan umat Islam maka ia tidak termasuk golongan mereka. (Hadis Riwayat Abu Daud)
So apa peranan kita? Inilah masanya kita sendiri belajar dan mengkaji, mengenai agama kita sendiri. Tatkala kita didatangi oleh rakan-rakan non-muslim, guru-guru russia, hatta rakan-rakan seMuslim lain, inginkan penjelasan berhubung sesuatu isu -- maka apa yang ingin kita terangkan kepada mereka? Adakah cukup sekadar mengangkat bahu? Atau menurut jejak langkah puak yang liberal, mempertikaikan agama kita sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman.
Ps: Saya bukan dari jurusan undang-undang, justeru kemungkinan terdapat fakta yang silap atau terminologi yang tersalah guna di dalam artikel ini. Justeru ini, saya memohon agar diperbetulkan pada mana kesilapan yang ada tersebut. Syukran in advance.
Bacaan Lanjut
- Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mengenai Sebat
- Ustaz Zaharuddin Menjawab Kenyataan Tun Dr Mahathir Mengenai Sebat
- Isu Kartika : Lebih Irish Dari Irish
- ILuvIslam Forum: Minum Arak, Model Singapura Terima Hukuman Rotan
- ILuvIslam Forum: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh
Firefox Addon? Apakah itu?
Assalamualaikum, dan selamat berkunjung ke Leokid.my!
Bila diperkatakan apa browser web terbaik, pasti ada perdebatan yang hangat! Ada yang kata Safari terbaik sebab paling laju, Chrome terbaik sebab paling lawa, Internet Explorer terbaik sebab…errr…entah. Hehe. Namun, mengikut survey yang web Lifehacker jalankan pada Mac lalu, tentulah, Firefox adalah browser kegemaran ramai!
Antara sebab kenapa ramai suka guna Firefox, tentulah kerana extensibility dan flexibility yang ada melalui fungsi “addon”. Apa dia addon ni? Addon adalah extension @ component tambahan bagi Firefox, yang membolehkan Firefox melakukan apa sahaja. Ya, virtually almost any/everything! Yang menariknya juga, disebabkan Firefox adalah open-source, addon juga open source, maka boleh dikatakan imagination is the only limitation. Setiap masa, ada orang di seluruh dunia yang memikirkan – “Hmm..apa lagi ek yang boleh dibuat menggunakan firefox?”, dan selagi itulah kreativiti bercambah dan Firefox menjadi semakin dan semakin “perfect”.
Berbalik kepada addon. Saya pernah ditanya, “Apa contoh addon yang best kat firefox?”.
Add Ons di Firefox? Ada banyak sangat, terpulanglah pada apa yg anda inginkan. Boleh dikatakan semua ada. Hehe.
Biasanya, tempat yg paling mudah untuk dapatkan addon yg diperlukan (repository) adalah di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/
Di sini, Mozilla mengkelaskan addon (bezakan dengan plugins ye) kepada beberapa jenis. Ini sekadar pembahagian mengikut fungsi je, takde membawa makna ape2 pun
Alerts & Updates – Addon yg memberikan alert/update kepada kita mengenai sesuatu yg terkini. Contohnya, addon “PrayTimes” memberikan kita jadual waktu solat yg mana bila masuk waktu solat, automatik addon ini akan play azan. Tak perlu software2 lain dah. Contoh addon2 lain seperti ForecastFox (cuaca), Webmail Notifier (bagitahu kalau2 ada email baru masuk ke inbox anda, x perlu bukak email secara manual lagi) dll.
Appearance – Ini pula jenis addon yg mengubahsuai penampilan Firefox anda. Addon seperti ColourfulTabs boleh mewarnakan setiap tabs anda untuk anda mudah kenalpasti, Cooliris boleh buatkan semua gambar dalam sesebuah website jadi photo slideshow (cool giler, esp kalau guna kat frenster @ facebook!), Personas untuk tukar skin/colour Firefox.
Bookmarks – Ini pula addon berkaitan dengan bookmark anda, sama ada bookmark offline di Firefox anda, ataupun webbookmark online @ sharing seperti Digg, StumbleUpon, Twitter etc.. Contoh2 termasuklah addon FastDial (yg letak bookmark speed dial ala2 opera punya), AddThis dll.
Download Management – Bagi saya, antara addon yg terpenting (especially jika anda suka download2). Addon seperti DownThemAll cukup untuk menjadi download manager/accelerator anda. Video DownloadHelper pula membolehkan anda download dari YouTube!
Feeds, News & Blogging – Err..yg jenis ni, mungkin bagi sesetengah orang, kurang digunakan. Ini disebabkan tak ramai lagi antara kita yg terdedah dengan teknologi RSS, Newsfeed nih. Antara yg famous pun, setahu saya ScribeFire jelah, terutamanya untuk yg slalu blogging (saya x pernah guna lak pun. huhu)
Language Support – Ini pula addon yg berkaitan dengan bahasa. Antara kegunaannya seperti untuk translate perkataan @ ayat dari satu bahasa ke bahasa yg lain (ImTranslator). Yg lain2 saya x pasti, x pernah / jarang guna. Huhu.
Photos, Music & Videos – Addons yang berkaitan dengan multimedia. Antaranya termasuklah seperti untuk download di Youtube mcm kat atas tadi. Contoh lain seperti FoxyTunes, yang mana ia provide link dengan default media player di komputer anda (Winamp, contohnya). So, anda boleh control Winamp anda dari Firefox!
Plugins – Plugins…bagi saya seolah2 mcm essential components lah. Seperti Flash, Java, Quicktime, Realplayer. Kalau nk play/access media2 berkaitan tersebut di Firefox, kena lah install plugins dia terlebih dahulu.
Privacy & Security – Antara jenis yg terpenting jugak lah. Addon WOT (Web of Trust), contohnya. Apabila kita melawat sesuatu website, WOT akan notify kita status web tersebut, sama ada berbahaya (phishing ke, script ke), atau selamat. Addon seperti NoScript pula adalah ultimate script blocker, manakala addon seperti AdBlock membolehkan anda disable iklan2 (google, contohnya) yg menyerabutkan. Hehe.
Social & Communication – Ini pula kategori addons yg berkaitan dengan website social/communication @ blog. Contohnya, addon TwitterBar membolehkan anda update twitter anda melalui address bar kat atas tu je. Zemanta pula berguna esp kalau anda guna blog Wordpress. Secara umumnya, banyak yg lebih kurang sama je ngan kategori bookmarks dan feed/news/blogging tu.
Tabs – Addons jenis ini untuk anda customize tabs anda. TabMixPlus membolehkan anda buat macam2 dengan tabs – untuk auto-reload ke, mouse gesture ke, save session etc etc. Easy DragNGo memudahkan anda bukak mana2 link atau untuk anda search. Contohnya, saya jumpa satu perkataan kat satu artikel yg saya x faham, saya just highlight then drag je kat mane2, Firefox akan bukak satu tab baru meng-google-kan perkataan tersebut.
Toolbars – Erm toolbar, addon jenis ini menambah satu lagi toolbar kat Firefox anda. Contohnya, Google Toolbar. Addon jenis ini juga ada yg berfungsi untuk anda customize toolbar sedia ada. AIO-Sidebar, contohnya, menyusun semula toolbar2 anda (toolbar addon, download, bookmark, etc) ke satu sidebar yg integrated.
Web Development – Addons jenis ini penting untuk web developer. Contohnya, FireBug boleh view script2 dan code2 yg dilaksanakan oleh sesebuah website, so developer boleh analisa & detect kalau2 ada error kat mana2. Library Detector pula membolehkan developer detect, website tersebut guna javascript library jenis apa (jQuery, Scriptaculous, MooTools etc)
Other – err..yg lain2 lah. Hehe.
Namun, addon ni tak selalunya berguna @ bagus. Kadang2, banyak masalah yang boleh timbul dari penggunaan addon. Antaranya termasuklah Firefox menjadi slow/berat, takleh start langsung, kacau bilau etc. Kalau bagi pengguna yang dah biasa guna addon, boleh faham lah kot. Namun bagi pengguna baru, beberapa langkah berwaspada boleh diambil.
Panduan Pengguna Baru untuk Addons Firefox
- Guna addons yg anda betul2 perlukan sahaja. Ini kerana addons guna resource yg lebih, so lagi banyak addon lagi slow/berat Firefox anda nanti. Saya sendiri guna tidak lebih dari 10 addon, itu pun kalau nak diikutkan dah banyak dah T_T
- Atas sebab itu juga, elakkan guna 2 addons yg boleh buat benda yg sama. Kalau ada satu addon boleh buat 2 fungsi, lebih baik gunakan satu addon tersebut daripada 2 addon berbeza.
- Atas sebab itu jugalah, kalau fungsi yg anda nak tersebut boleh dicapai tanpa menggunakan addon, sebaiknya guna cara alternatif itu dahulu. Contohnya seperti Bookmarklet, Greasemonkey Script.
- Ada banyak sangat addon Firefox yang mempunyai fungsi yang sama. Justeru, anda dinasihatkan baca terlebih dahulu sebelum download, terutamanya baca respons user2 lain sama ada working atau tidak.
- Jangan lupa disable dan/atau uninstall sesuatu addon yg anda tidak lagi ingin gunakan. Ini untuk mengelakkan ianya conflict dengan addon2 lain.
- Juga pastikan addon anda adalah addon yg active (sentiasa ada update, bukan addon yg telah lama abandon @ ditinggalkan). Ini kerana Firefox adalah browser yg sentiasa berkembang, sentiasa bertambah maju. So kalau addon x update, ia mungkin menjadi tidak compatible yg boleh menyebabkan masalah.
Itu je serba sedikit panduan mengenai addons di Firefox! Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan2 yang lain melalui link di bawah! Thanks for reading!
[Kedua] Pesan Nabi Kepada Para Doktor – Golongan Tenaga Perubatan
Alhamdulillah, saya diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk menyambung siri kedua dalam bahagian “Pesan Nabi Kepada Para Doktor ini. Seperti dalam post sebelum ini, artikel ini dipetik dari:
* Diolah dari kitab At-Tibbun Nabawi – Bab 47: Petunjuk Nabi Dalam Mengemukakan Saman Ke Atas Pengamal Perubatan Yang Tidak Professional karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, melalui buku terjemahan Abu Mazaya Al-Hafiz semakan Ustazah Sabariah Bakri, “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah cetakan 2008.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari hadith Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang berusaha melakukan tugas perubatan, sedangkan sebelumnya ia belum mempelajari ilmu perubatan, maka ia bertanggungjawab terhadap sebarang (kesan) yang dihasilkannya. (Hadith ini dikeluarkan oleh al-Hakim)
Seterusnya untuk menyambung perbincangan, artikel ini akan memfokuskan kepada bahagian fiqh/syariat, iaitu mengenai hukum-hukum.
Adapun merujuk kepada hadis di atas, persoalan syariat adalah kewajipan memberi jaminan dari pihak tenaga perubatan yang tidak pakar, sekiranya ia berusaha untuk tekun dalam bidang perubatan, sedangkan sebelumnya ia belum memiliki pengetahuan tentang pengubatan yang memadai. Pendek kata, persoalan yang dibincangkan adalah bolehkah seorang doktor yang tidak pakar, melakukan praktis perubatan. Kerana kejahilannya itu ia boleh membahayakan nyawa orang ramai, kerana secara berani ia melakukan perbuatan tanpa ilmu. Ia juga disifatkan sebagai menipu pesakit, sehingga ia wajib (sanggup) memberi jaminan atau dipertanggungjawabkan ke atas perbuatannya itu. Ini adalah pendapat yang disepakati ulama’.
Al-Khattabi berkata, “Saya tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat bahawa seorang tenaga perubatan telah melakukan kecuaian yang menyebabkan kematian pesakit, maka ia bertanggungjawab.”
“Doktor yang mempraktikkan sesuatu ilmu, atau melakukan tindakan perubatan yang tidak diketahuinya, jika disebabkan perbuatannya itu menjadi punca pesakit meninggal dunia, maka ia hanya wajib membayar denda, iaitu tidak harus wajib bertanggungjawab misalnya dengan qisas. (Ini kerana) ia melakukan tugasnya dengan izin pesakit. Bahkan tindakan salahnya itu mengikut majoriti ulama’ fiqh adalah menjadi tanggungjawab walinya.
Kita akan kupas dengan lebih teliti mengenai hukum ini. Sebelum itu, siapa yang dimaksudkan dengan tenaga perubatan?
Tenaga Perubatan?
Menurut Ibn Qayyim, tenaga perubatan yang dimaksudkan dalam hadis di atas merangkumi orang yang melakukan perubatan dengan memberikan resepi (preskripsi) atau sekadar memberi petunjuk pengubatan, iaitu yang biasa disebut sebagai tabib.
Bila ia mahir dalam perubatan mata, ia dipanggil kahhal (pakar mata). Kalau ia mahir dalam bidang pembedahan disebut jara’ihi (pakar bedah). Kalau ia ahli dalam bidang khitan-mengkhitan, ia disebut khatin (orang yg mengkhitan = tok mudim). Kalau ia pakar dalam bidang pengubatan melalui kaedah mengeluarkan darah dari lubang hidung dan sejenisnya, maka disebut fadhid (rhinoscopy = ENT?). Sedangkan yang ahli dalam bidang pembekaman disebut hajjam (tukang bekam). Yang ahli dalam bidang balut membalut, menjahit luka dan menyambung bahagian tubuh yang koyak disebut sebagai mujabbir. Yang ahli dalam bidang pengubatan dengan besi panas dan api dikenal sebagai kawwa. Yang ahli dalam bidang suntik-menyuntik disebut haqin (tukang suntik).
Semua yang tersebut di atas, adalah termasuk sebagai tenaga perubatan. Justeru, dalam zaman moden sekarang ini, tenaga perubatan merangkumi semua yang terlibat dengan pesakit, seperti jururawat, pembantu perubatan, physiologist, radiologist, lab assistant dsb.
Pembahagian Tenaga Perubatan
Menurut Ibnu Qayyim, dalam membincangkan mengenai feqh/hukum, terdapat  5 golongan tenaga perubatan. Yang pertama, Golongan tenaga perubatan yang ahli atau pakar, dan memiliki kelayakan di bidang perubatan, yang selama ini belum pernah gagal dalam praktik perubatannya. Namun dengan takdir Allah dan juga kerana faktor daripada yang diubati (penyakit/pesakit), sebaik sahaja ia melakukan praktik rawatan maka terjadilah kecederaan dengan hilangnya anggota badan atau bahkan meninggal, atau setidak-tidaknya hilang fungsi organ yang berkenaan.
Dalam kes ini, tenaga perubatan tersebut tidak dikenakan tanggungjawab berdasarkan kesepakatan para ulama’. Kerana hal itu terjadi semata-mata kerana takdir Allah sahaja.
Contoh yang diberi oleh Ibnu Qayyim adalah seorang anak kecil yang dikhitan, dan umurnya memang sudah layak untuk dikhitan, dan pada masa yang sama pihak perubatan juga telah memiliki kepakaran di dalam bidang tersebut. Namun anggota tubuh anak kecil tersebut rosak atau bahkan mati. Pada ketika itu, si doktor tidak dikenakan tanggungjawab.
Begitu juga contohnya ada orang yang harus dipotong organ tubuhnya. Lalu proses pembedahan dilakukan sesuau dengan prosedur yang ada, namun ternyata gagal dan ia meninggal dunia, maka doktor tersebut juga tidak bertanggungjawab.
Namun, terdapat ulama-ulama yang berselisih pendapat dalam hal ini. Kaedah dalam persoalan ini, sama ada yang telah disepakati ulama dan yang masih diperdebatkan adalah bahawa – satu insiden daripada akibat tindakan jenayah jelas ada pertanggungjawaban mengikut kesepakatan ulama’. Sedangkan kecederaan akibat perbuatan yang sepatutnya dilakukan, maka tidak ada pertanggungjawabannya mengikut kesepakatan ulama. Antara dua perkara tersebut lah wujudnya perbezaan pendapat.
Abu Hanifah, contohnya, mewajibkan adanya pertanggungjawaban secara mutlak. Beliau menggunakan hujah bahawa adanya izin untuk melakukan sesuatu perbuatan adalah kerana adanya jaminan keselamatan.
Manakala Imam Malik dan Imam Ahmad menganggap tidak ada pertanggungjawaban sama sekali. Mereka berpendapat bahawa izin itu sendiri sudah menggugurkan jaminan tersebut.
Saya melihat ini sebagai perbezaan atas pandangan “izin” yg diberi oleh pesakit. Seorang pesakit yang memberi izin kepada doktor untuk melakukan prosedur, adakah bermaksud keizinan itu menjadikan doktor sebagai jaminan/guarantee ke atas keselamatannya , atau keizinan tersebut menandakan kesanggupan untuk menerima apa jua outcome/kesan dari rawatan tersebut. Dan memandangkan tidak ada cara untuk memastikan antara yang pertama dengan kedua tersebut, maka sebab itulah ulama-ulama di atas berbeza pendapat.
Adapun Imam Syafie, memberi perincian – bila kecederaan itu boleh diukur kadarnya, maka tidak perlu pertanggungjawaban. Namun bila tidak dapat diukur, maka mesti ada pertanggungjawaban. Beliau mengibaratkan kecedaraan yang dapat diukur dan tidak boleh dielakkan lagi ibarat sebuah nas atau dalil yang tegas. Adapun yang tidak dapat diukur dan lain-lainnya, maka ianya adalah masalah ijtihadiyyah.
Tenaga Perubatan Yang Kedua
Golongan kedua adalah, tenaga perubatan yang tidak pakar, namun ia memaksa diri untuk melakukan praktik perubatan sehingga menyebabkan kematian.
Dalam hal ini, apabila si mangsa sudah mengetahui bahawa ia tidak memiliki kepakaran tetapi ia mengizinkannya juga untuk melakukan pengubatan, maka ia (tenaga perubatan) itu tidak bertanggungjawab.
Kes ini tidaklah bercanggah dengan pemahaman yang zahir dari hadith di atas. Ini kerana, jalan perbincangannya dalam hadith itu berkaitan dengan penipuan terhadap pesakit sehingga ia menyangka orang tersebut memang tenaga perubatan yang pakar, padahal tidak sedemikian.
Justeru, adalah penting kepada kita atau rakan-rakan tenaga perubatan yang masih dalam pelajaran, untuk memastikan bahawa pesakit kita itu tahu akan status diri kita. Tenaga perubatan yang tidak/masih belum bertauliah, dilarang meninggalkan impressi pada pesakit bahawa tenaga perubatan tersebut adalah bertauliah/pakar. Jika kecederaan yang diakibatkan tersebut berlaku dalam keadaan pesakit menyangka tenaga perubatan itu pakar/bertauliah, maka tenaga perubatan itu bertanggungjawab.
Tenaga Perubatan Yang Ketiga
Golongan yang ketiga adalah, tenaga perubatan pakar yang berlesen, sudah betul-betul memiliki kemampuan. Namun, ia melakukan kesilapan (cuai) dalam menangani organ tubuh yang sihat sehingga menjadi sakit. Contohnya, seorang tenaga perubatan yang kerana cuai tersalah suntik, tersalah potong dsb. Maka dalam kes ini, ia tetap bertanggungjawab, kerana itu termasuk sebagai kecuaian. Hukuman yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim adalah denda (saman) dengan sepertiga hartanya. (“sepertiga hartanya” merujuk kepada harta mangsa atau harta si-pesalah tersebut? Mohon sesiapa yang ada matan asal arabnya dan mahir dalam bidang lughah boleh tolong perjelaskan).
Apabila ia didenda dengan sepertiga hartanya, maka menjadi tanggungan walinya. Dalam hal ini, saya berpendapat wali tersebut mungkin bermaksud orang yang mempunyai authoriti ke atas tenaga perubatan itu, contohnya doktor pakar, ketua jabatan hospital, ataupun mungkin juga wali itu bermaksud wali nasab seperti dalam bab munakahat. Saya lebih cenderung pendapat yang pertama itu, justeru mohon perbetulkan kalau silap.
Namun kalau ia tidak mempunyai wali (doktor bekerja sendiri/swasta/klinik sendiri, contohnya), adakah ia menjadi tanggungan BaitulMal (atau kerajaan, dalam situasi kini)? Ada dua pendapat dalam perkara ini, yang kedua-duanya diriwayatkan daripada Imam Ahmad. Ada yang berpendapat bahawa apabila doktor tersebut adalah kafir zimmi, maka diambil dari hartanya sendiri. Apabila ia doktor Muslim, baru ada dua pendapat dalam hal itu (sama ada tanggungan Baitulmal atau tidak).
Jika tidak menjadi tanggunan BaitulMal, atau tidak ada dari Baitulmal, atau sebab susah untuk membawa wang tunai tersebut dari Baitulmal, (kerajaan tidak ada duit @ enggan membayar, contohnya), adakah diyat (denda) tersebut gugur dengan sendirinya? Atau mesti juga diambil dari pihak yang bersalah? Ada dua pendapat pula dalam hal ini, namun yang lebih terkenal adalah bahawa kewajipan itu gugur.
Tenaga Perubatan Yang Keempat
Golongan tenaga perubatan yang keempat adalah, seorang tenaga perubatan yang pakar dan memiliki kemampuan dalam bidangnya, lalu ia memberikan resepi (preskripsi rawatan) kepada pesakitnya. Namun ia keliru dalam mendiagnosa (mengenalpasti) penyakit pesakit sehingga menyebabkan kematiannya.
Situasi ini saya fahami sebagai kesilapan dalam mendiagnos pesakit. Maksudnya, doktor/tenaga perubatan itu menyangka pesakit mempunyai penyakit A, sedangkan pesakit mempunyai penyakit B. Lalu rawatan diberi untuk penyakit A, lantas menyebabkan kematian pesakit tersebut. Menurut Ibnu Qayyim, ia tidak menyatakan sama ada doktor/tenaga perubatan itu bertanggungjawab atau tidak, namun denda wajib dibayar kepada pesakit/keluarga pesakit tersebut.
Dalam hal ini ada dua riwayat. Pertama, bahawa dendanya dibayar oleh Baitulmal (kerajaan). Yang kedua, dendanya dibayar oleh pihak wali dari tenaga perubatan yang sah. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Imam Ahmad, yang mengaitkan kesalahan tersebut dengan kesalahan yang dilakukan oleh imam atau hakim.
Tenaga Perubatan Yang Kelima
Golongan yang kelima pula adalah, seorang tenaga perubatan yang pakar serta memiliki kemampuan dalam bidang harganya, namun ia memberi ketetapan harga (mengenakan bayaran) tanpa persetujuan pesakit atau walinya (sama ada lelaki normal, anak kecil, atau orang gila), lalu terjadi kecederaan. Dalam kes ini, sebahagian kawan Ibnu Qayyim menyatakan, “Maka ia bertanggungjawab. Kerana hal itu terjadi menerusi proses rawatan yang tidak dipersetujui oleh pesakit.”
Tetapi kalau perkara tersebut mendapat persetujuan pesakit yang telah baligh, wali kepada anak kecil atau orang gila tersebut, maka si doktor tidak bertanggungjawab.
Ada juga kemungkinan bahawa pihak tenaga perubatan tidak bertanggungjawab sama sekali kerana ia melakukan pengubatan tersebut dengan sukarela. (Saya sebenarnya keliru, adakah yg dimaksudkan golongan ini doktor yang berkhidmat secara sukarela (tidak mengambil wang dari pesakit, doktor kerajaan contohnya), atau doktor yang mengenakan bayaran kepada pesakit (doktor swasta, contohnya)). Sesungguhnya tidak ada hak untuk menyalahkan orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Demikian juga kalau pihak tenaga perubatan melakukan kekeliruan disebabkan sikap ambil mudah atau cuai, maka izin daripada wali sama sekali tidak menggugurkan tanggungjawapnya. Kalau tidak kerana kecuaian, maka sama sekali tidak ada hak untuk memintanya bertanggungjawab.
Kalau ada yang berpendapat bahawa kalau pesakit sudah memberi keizinan, maka kecederaan tersebut dianggap cuai. Maka ketahuilah kalau dengan izin pesakit, maka tidak disifatkan suatu kecuaian. Penulis (Ibnu Qayyim) berpendapat, “Kecuaian atau tidak sebenarnya terpulang kepada bentuk perbuatannya, sehingga tidak ada pengaruhnya (faktor-faktor) apakah diizinkan atau tidak. Perkara ini perlu satu kajian yang mendalam.”
Sekian dahulu untuk kali ini, saya rasa. Nantikan dalam sekuel seterusnya – Apakah 20 perkara yang perlu diambilkira oleh seorang pakar perubatan dalam proses rawatan seorang pesakit. Saya mengalu-alukan sebarang komen yang mengulas, menambah atau memperbetulkan artikel ini. Sekian, wassalam.
Satu Petang Di SushiKing
Hari ini tiba-tiba saya rasa bersemangat pula untuk menjamu selera di restoran makanan Jepun terkemuka Malaysia, SushiKing. Tambahan pula, secara kebetulan memang kebiasaan saya menyambut hari-hari istimewa secara bersendirian, maka lantas saya membonceng motor ke SushiKing yang terdekat di rumah saya.
Makanan Jepun memang menjadi kesukaan saya. Setelah jemu lidah dan tekak dibasahi makanan Malaysia yang pelbagai, masakan Melayu yang bersantan, masakan mamak yang berempah, maka makanan Jepun merupakan pilihan yang terbaik untuk “mencuci tekak”. Ini kerana makanan Jepun tidak terlalu sarat dengan rasa, malah mempunyai rasa “umami” yang kaya, yang sukar dijumpai dalam masakan-masakan lain.
Maka saya pun berkunjung lah ke SushiKing ini. Sebaik sahaja melangkah masuk, saya disapa dari jauh dengan “Irashaimasu!” (Selamat Datang) oleh salah seorang pekerjanya, seorang gadis Melayu bertudung. Melihat saya datang bersendirian, saya lantas dipersilakan duduk di satu sudut.
Layout yang tipikal bagi sebuah restoran Jepun, tentulah sekali dengan adanya deretan sushi-sushi yang bergerak di atas conveyor di tengah-tengah restoran. Ini memudahkan para pelanggan memilih sushi kegemaran. Setiap sushi pula diletakkan di atas piring berwarna, menandakan harganya. Biru untuk RM2, ungu untuk RM6 dan lain-lain.
Saya melihat sekali imbas suasana di dalam restoran ini. Rata-rata pekerjanya Melayu. Baik tukang chef di tengah yang sibuk mengepal-ngepal sushi, hinggalah ke pekerja biasa yang mengemaskan piring pinggan pelanggan. Pengunjung yang ada pula, rata-ratanya berbangsa Cina. Malah, saya rasa saya seorang sahaja pelanggan Melayu pada ketika itu. -_-”
Gadis bertudung tadi datang menghampiri, ingin meminta pesanan.
“Encik nak minum apa?”
“Bagi saya Green Tea panas satu.”
“Makan, encik? Sekarang kita ada promotion, Unagi Time.”
“Unagi? Tapi dalam unagi ada mirin*, kan?”
“Err..ye kot. Unagi kat sini dah di-pack dan di-import. Ramai je Melayu yang makan.”
“Cik, maka jadi tanggungjawab cik lah untuk bagitau pelanggan-pelanggan Melayu tu, yang kita orang melayu tak boleh makan unagi kat sini sebab dah bercampur mirin.”
Dia terdiam. Saya menyambung pesanan.
“Em, bagi saya set meal Sakana Black Pepper lah.” Setelah itu lantas dia berlalu pergi,
Beberapa minit kemudian, set makanan saya tiba. Simple sahaja, seekor ikan dory digoreng bersama sos lada hitam, bersama-sama sayur kobis/karot goreng dan nasi semangkuk. Simple namun menyelerakan, ditambah pula dengan makanan Jepun kesukaan saya, Miso Shiro. Selesai makan, saya lantas membuka Macbook lalu menaip post ini. =)
Teringat saya akan sebuah perbincangan di laman ILuvIslam yang saya sertai suatu ketika dahulu. Ketika itu, membincangkan mengenai status kehalalan di SushiKing. Ramai yang berpendapat secara umum, SushiKing adalah halal kerana makanannya berasaskan hidupan lautan.
Sushi pula, biasanya terdiri daripada 3 bahagian. Nasinya, iaitu daripada beras pulut yang melekit, serta filling yang biasanya ikan. Kedua-duanya diikat oleh nori, iaitu sejenis rumpai laut.
Namun ramai di antara kita yang tidak menyedari, akan kewujudan satu lagi bahan terkenal dalam masakan jepun, iaitu “Sake”. Sake adalah sejenis arak yang diperbuat daripada beras. Mirin, merupakan antara jenis-jenis sake yang biasa digunakan dalam pembuatan sushi.
Saya tidak berhasrat untuk mengulas status penggunaan arak atau alkohol dalam masakan, kerana saya bukanlah ahli dalam bab-bab tersebut. Terdapat pelbagai perbahasan ulama mengenai isu ini, ada yang mengatakan harus kerana bahan tersebut telah ter-istihala (berubah sifat), dan ada juga yang mengatakan kekal haram kerana arak, biarpun hanya setitik, tetap haram.
Sebuah email yang dipostkan dalam perbincangan tersebut, menarik perhatian saya. Secara umumnya, email tersebut merupakan balasan dari SushiKing kepada sebuah email yang dihantar oleh pelanggan yang prihatin akan status kehalalannya. Ini jawaban dari SushiKing:
Subject: Re: Sushi King Online Feedback/Enquiries
To: XXXXXX @ yahoo.com
Date: Wednesday, January 7, 2009, 2:34 AM
Hi Aveleena,
Thank you for your email. For your information, we do not have certification from JAKIM for being HALAL so we only can claim us as Pork free.
All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Only a few of our food contains ‘Mirin’ that is our Ikura, Mamakari, Unagi, Karei Nitsuke Set, and Saba Misoni Set.
May you have a great day ahead!
Warmest regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283
Saya memberikan kebebasan kepada para pembaca, untuk menilai sama ada ingin mempercayai email tersebut atau tidak. Secara peribadi, saya mengambil pendirian mengelakkan makanan-makanan yang dinyatakan tersebut. InshaAllah, seperti kata Rasulullah dalam hadis keenam dari hadis arbain himpunan An-Nawawi, barangsiapa yang menjaga dari yang syubhah, sesungguhnya dia telah menjaga dirinya dan agamanya. Begitu juga kepada yang berpendirian untuk mengelakkan dari berkunjung ke restoran sebegini secara terus.
Alhamdulillah, sudah kenyang~
Pesan Nabi Kepada Para Doktor
* Diolah dari kitab At-Tibbun Nabawi – Bab 47: Petunjuk Nabi Dalam Mengemukakan Saman Ke Atas Pengamal Perubatan Yang Tidak Professional karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, melalui buku terjemahan Abu Mazaya Al-Hafiz semakan Ustazah Sabariah Bakri, “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah cetakan 2008.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari hadith Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang berusaha melakukan tugas perubatan, sedangkan sebelumnya ia belum mempelajari ilmu perubatan, maka ia bertanggungjawab terhadap sebarang (kesan) yang dihasilkannya. (Hadith ini dikeluarkan oleh al-Hakim)
Hadith ini berkaitan dengan tiga perkara, iaitu etymologi (bahasa), fiqh dan perubatan. InshaAllah dalam artikel ini, saya akan memetik penjelasan Ibnu Qayyim mengenai hadis ini berpandukan tiga perkara tersebut. Justeru artikel ini akan dibahagi kepada beberapa bahagian, dengan semuanya bersandarkan kepada hadis di atas. Semoga artikel ini membantu kita para pengamal perubatan dalam kerjaya kita masing-masing, inshaAllah.
Etymologi (Bahasa)
Persoalan bahasa di dalam hadis ini berputar sekitar perkataan “tibb” yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Mengikut bahasa Arab, perkataan “tibb” (perubatan) memiliki beberapa erti.
Pertama – Perbaikan
Perbaikan, boleh dianalogikan misalnya saya melakukan “tibb” itu ertinya sebagai tindakan yang teliti dan taktik. Seperti dinyatakan oleh salah seorang ahli syair (disebut di dalam Zad al-Ma’ad m/s 108):
Kalau keadaan tamim berubah secara drastik, maka engkau tenaga perubatan (leokid- ditugaskan) untuk memperbaikainya dengan pendapat yang jitu…
Kedua – Kecerdasan
Al-Jauhari mengatakan, “Setiap orang cerdas adalah tabib, mengikut bahasa Arab”. Abu Ubaid menyatakan, “Asal erti perkataan tabib adalah kecerdasan terhadap sesuatu perkara atau kemahiran dalam melakukan sesuatu“.
Misalnya dikatakan, “Lelaki itu tabib atau memiliki tibb” bila ia cerdas atau mahir, meskipun tidak berkaitan dengan perubatan/pengubatan orang sakit.
Ada lagi yang berpendapat, “Tabib ertinya adalah lelaki cerdas. Disebut tabib kerana otaknya pintar dan cerdas.”.
Alqamah pernah mendendangkan syairnya:
Kalau kalian menanyakan diriku tentang wanita, maka aku ini adalah tabib yang ahli tentang penyakit wanita
Kalau kepala lelaki sudah beruban atau sudah berkurang hartanya, maka ia tidak akan mendapat peruntukan lagi dari cinta wanita
Ketiga – Kebiasaan
Misalnya, “Itu bukanlah tibb bagiku” ertinya, bukan kebiasaanku. Farwah bin Musaik menyatakan, “Kebiasaan (Tibb) kami bukanlah sebagai pengecut! Akan tetapi kebiasaan kami menghadapi kematian dan menguasai negeri orang lain..”
Ahmad bin al-Husain berkata – “Kesihatan bukanlah kebiasaan (tibb) ku di tengah mereka, hanya sahaja aku memang membenci orang yang jahil lagi cuai pula”
Keempat – Sihir
Erti lain daripada perkataan tibb adalah sihir. Bila dikatakan “Orang itu terkena tibb” bererti, terkena sihir.
Dalam as-Sahih disebutkan dari hadis Aisyah r.a diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w terkena sihir dari kaum Yahudi, lalu datang dua malaikat dan duduk di sisi kepala baginda dan di sebelah kaki baginda. Salah satu malaikat itu bertanya “Bagaimana keadaan orang ini (Rasulullah)?” Malaikat yang satu lagi menjawab “Ia terkena tibb (sihir)“. Malaikat pertama bertanya lagi, “Siapa yang menyihirnya?”. Malaikat kedua menjawab, “Orang Yahudi”.
Abu Ubaid menyatakan, “Orang yang terkena sihir dikatakan ‘terkena tibb”, kerana perkataan tibb itu adalah bahasa kiasan dari sihir.”. Perkataan ini juga biasa digunakan sebagai kiasan (perumpamaan) bagi orang yang terkena gigitan binatang. Sebahagian orang mengatakan, tibb ertinya adalah salim (selamat), iaitu agar mereka optimis mendapat keselamatan.
Perkataan tibb kadangkala ertinya adalah ubat itu sendiri. Seperti dinyatakan oleh Ibn Abi Aslat, “Siapakah yang mahu menyampaikan beritaku kepada Hassan, apakah tibb (ubat) mu itu sihir atau kegilaan sahaja?”
Adapun kenyataan al-Himmasi, “Kalaulah aku terkena tibb, maka aku tetap begini sahaja. Dan bila aku tersihir (tibb) maka aku tidak akan sembuh.” Yang dimaksudkan dengan tibb yang pertama dalam kenyataan itu adalah terkena sihir, namun yang dimaksudkan dengan tibb yang kedua (tersihir) itu adalah terkena penyakit.
Itulah serba ringkas mengenai aspek bahasa berkaitan perkataan “tibb” yang digunakan oleh Rasulullah dalam hadis di atas. Ikuti bahagian kedua artikel ini, yang membincangkan mengenai aspek feqah berdasarkan hadis tersebut. Antara persoalan yang akan dibincangkan:
Siapakah itu yang dimaksudkan dengan tenaga perubatan?
Apakah 5 golongan tenaga perubatan sebagaimana yang dinyatakan Imam Ibnu Qayyim?
Apakah hukum sekiranya seorang pengamal perubatan cuai dalam melaksanakan tugasnya, hingga menyebabkan kecederaan/kematian?
Justeru nantikan kemunculan artikel kesinambungan dari artikel ini. Sekian, wassalam.
Doa Rasulullah Merawat Jerawat
Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,
“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”
Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini
Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi
Zarirah sendiri sebenarnya adalah ubat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia menceritakan,
“Aku menyapu minyak wangi kepada Rasulullah, sementara aku memegang minyak wangi zarirah, iaitu pada Hajjatul Wada’ untuk melakukan tahallul dan ihram”
Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah adalah sejenis benjolan kecil terdiri daripada zat panas dan tumbuh secara semulajadi atau alamiah. Biasanya menghinggapi suatu bahagian tubuh, ia perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Zarirah pula mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia dapat mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, selain juga memberikan bau wangi. Ubat ini dapat mendinginkan panas jerawat. Oleh sebab itu penulis al-Qanun (Zad al-Ma’ad ms 100) ada menyatakan,
“Tidak ada ubat yang saya rasa lebih baik untuk meredam panas daripada zarirah yang dicampur dengan air mawar dan cuka”
Artikel di atas dipetik daripada At-Tibbun Nabawi karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah (Terjemahan Abu Mazaya Al Hafiz “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah)
Minyak Zarirah
Menurut perubatan Ayurveda India, terdapat satu sahaja herba ayurveda berkaitan zarirah iaitu Qasabuz-zarirah. Juga dikenali sebagai Chirayata, zarirah dikatakan mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan mahupun dalam bidang ayurveda sendiri.
Pohon Chirayata, atau nama saintifiknya Swertia chirata merupakan kelompok pohon hiasan dari family Gentianaceae. Kajian yang dilakukan oleh sebuah badan penyelidikan barat, Gentian Research Network menunjukkan pohon ini terbukti mempunyai kesan perubatan seperti menaikkan selera makan, membantu batuk, antihelminth, mengubati anemia, demam dan gonorrhea. Malah ia diterimapakai dan tersenarai dalam US Pharmacopeia.
(Jensen, S. R. & J. Shripsema. 2002. Chemotaxonomy and pharmacology of Gentianaceae. Pp. 573- 632. In: L. Struwe & V. A. Albert, editors. Gentianaceae – systematics and natural history. Cambridge University Press, Cambridge.)
Anda ada tips tersendiri untuk merawat jerawat? Kongsikan di ruangan komen dibawah!
How To Make A Password-protected Folder/Drive
Everyone has a skeleton in their closets, right? Let it be private photos, account or credit cards information, personal details, or even lewd materials. These are some of the things we usually hide from other people.
Back then when I was using Windows, it’s quite a pain to find the best way to protect my files and folders. There are thousands of softwares out there, each with it’s own pros and contras. Among my favourite software was TrueCrypt. It’s on-the-fly functionality plus user-friendly, is a major weighing point.
So I was wondering at first, should I use TrueCrypt at my Macbook too, to protect my private folders? It was then I found out that Mac OS has it’s own native, more efficient method of protecting the folders!
Before I begin, let’s point out the main features we’re looking for the protection method:
User-friendly. Accessing and de-accessing the files/folders should not take more than seconds, no hassle.
Encryption. Nowadays, it’s easy to crack one’s password, let it be via bruteforce or algorithms, it just a matter of time.
Portability. If we’re the only user for the computer, we shouldn’t be worry about protecting files/folders. Most of the files that need to be protected are mobile files, to be carried on a pendrive, sending/receiving via emails etc. Therefore the protection mechanism must be present at all time with the protected files/folders.
With these 3 main points, native Mac files with extension *.dmg serve the purposes (with the exception of #3).
For Mac users, you might be familiar with DMG files. DMG (Disk Mounted Graphic) is a special Apple Disk Images for Mac OS. It is comparable to Windows’s ISO files. So here’s my simple step-by-step tutorial to make a password-protected files/folders in Mac.
Step 1 – Creating the Disk Image.
Creating the disk image is damn easy in Mac! Launch the Disk Utility (via Applications > Utilities) or simply type it at the Spotlight.
After you have launched the Disk Utility, select the “New Image” option on the top of the window.
Select the location for saving the Disk Image. Pick a name for it, select the size and select the encryption method. Any of the encryption method will do its job. Click “Create”
Spot the settings used in creating a new disk image.
After you have clicked the “Create” button, another window will prompt you to enter the password for the disk image. Enter your own password, or if you want you can click at the key button and a password assistant will appear, suggesting you some of high-strength passwords to be used.
Enter your password
After finished, the disk image will be automatically attached to your desktop. Here is your private folder!
My Private Folder!
Now you can copy all your “skeletons” into your new “closet”. After finished working with it, simply right-click at the “closet” and choose “Eject”. There you go, the folder disappears and hidden!
So where actually your skeletons are stored? How to get back? The answer – it is stored in the disk image which you specified the save folder previously. Launch your finder and navigate to the location you specified. You will notice a file with DMG extension (Stash.dmg in my case). Here is your disk image, just copy it to your USB storage drive to move it anywhere.
Spot the Stash.dmg
Every time you want to access your private folder, simply fire up the DMG file. It will prompt you for the password. Simply enter the correct password and your private folder will be appear (mounted) back at the desktop!
Done! See, this is why I love Mac so much! No need for another 3rd party software, no downloads, no installation hassle, no configuring applications etc. Simply fire up the built-in Disk Utility and here you go – a simple solution I long search.
Does it satisfies the main features requirements previously? Let’s see..
User-friendly. Just double-click at the DMG files and enters the password – voila!
Encryption – Select either you want the 128Bit or 256Bit encryption method, and your files/folders will take years to be decrypted.
Portability – Save the DMG file on your thumb drive, and you’re off to go! You can access your private stash on any Mac Machine available. However, there is one slight problem:
The DMG file is specific for Mac OS computers only. Therefore it is not compatible for other operating system. However, if you want to access DMG files on Windows, there are 3rd-party softwares/plugins for it. You may also try converting DMG files to ISO using certain Windows softwares, such as UltraISO.
That’s all for now, hope it’s helping. Stay tuned for next tips on using Mac!